SALAM

Rabu, 25 Februari 2009

ISU TUDUNG






haramkan tudung?? baca sampai habis, pastu komen Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di malaysia Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di malaysia ini berikutan dengan faktor faktor kesihatan. Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan pengedaran udara yg kurang dan menyebabkan kepala yg melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yg tidak memakai tudung.
Jadi bagaimana isu ini boleh berlaku topik ni sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil sahaja di bahagian muka surat yg sekiranya tidak deteliti tidak akan nampak.adakah kerajaan malaysia takut akan hal ini.yang dulu begitu marah terhadap singapura yg memberhentikan 2 org murid perempuan kerana memakai tudung ke sekolah.
Ape susah jadi dengan isu ini diam begitu sahaja kan.sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.Sekranag malaysia sanggup mengHARAMKAN pemakaian tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa apa dengan isu ini.
Ini kerana semuaya terletak di tangan menteri menteri di malaysia. bagaimana pula dengan Pak Lah yg selalu menjadi imam di masjid masjid adakah die juga bersetuju dengan isu pengharaman pemakaian tudung ini. jadi bagaimana seorang imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung ini.
Bagi pihak universiti islam antarabangsa malaysia UIAM).International islamic university malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi.universiti ini dahulu yg mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa MALAYSIA sekarang ini.
MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama rasminya adalah agama islam. kiniboleh mengharamkan pemakaian tudung di malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita islam wajib memakai tudung. isu ini sengaja tidak digembar gemburkan agar tidak mahu berlaku kekecohan ataupun ape-ape reformasi. Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. adakah malaysia sudah lemah... pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah.
Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-

1)TUDUNG SAJI
2)TUDUNG PERIUK
3)TUDUNG TERMOS
4)TUDUNG CAT

KAMUS BAHASA KELANTAN









Assalamualaikum, dalam blog saya pada hari ini memaparkan vocab2 yang perlu kita mahir bercakap dalam bahasa kelantan supaya kita menjadi rakyat kelantan yang sejati dan berkualiti...
Kepada pembaca yang bukan dari kelantan boleh la menambah kemahiran anda untuk bercakap dengan budak kelantan....


Kali Arung - Sekaligus

Air Geh - Air Berkabonat

Jauh Sapok - Teramatlah Jauhnya

Panah Terik - Panas Yang Teramat Sangat

Comel Lote - Comel Yang Amat

Sejuk Ketta - Sejuk Yg Sangat?

Ite Lettung - Tersangatlah Hitamnya

Punoh Jahne - Rosak

Gura Bewok - Gurauan Yang Menyebabkn Pergaduhan

Taik Aye Muna - Tahi Ayam Yang Masih Hangat

Kona Lepe - Corner Lipat

Kelecak - Terpelanting

Nakuk Paik - Penakut Yang Amat Tinggi

Lonjong - Tinggi Sangat

Tinggi Nya - Yuk Sama Macam Di Atas

Masing Pekkok - Teramat Masin

Nipih Nayyang - Sangat Nipis

Maknga - Cuai

Babei - Degil (Tak Tau Nak Eja Camne)

Jabir / Supek - Plastic Bag

Koghok - Tengkorak

Kehek - Muntahkan Semula

Puahsang - Boring

Meppeh - Tak Larat

Kepeh Blepeng - Sangat Kempis

keghah kekong -keras yg teramat

koho/selo - perlahan/slow

kettuk heghek -kentut tarik

blana kokna - banyak yang amat

samah - 50 sen

duo amah -singgit

kekoh -gigit

toksoh -jangan / tak usah

bakpo -kenapa

guano / belah mano -macam mana

gapo / gapo dio -apa / apa dia

ghoyak -bgtau

blago -berlanggar

mokte- rambutan

woh kekoh caa -kuih buah melaka

ccongek -tejungkit

kupik hangik -kedekut nak mampos

woh tteghe-buah gajus

nnetting- melantun

deghah -deras / laju

manih letting -manis yg amat

pok-e-dèng -pepatung

Ini la sedikit sebanyak vocobulary Kelatanese untuk kali ini...Anda boleh komen saya jika terdapat sebarang kesalahan dalam penulisan saya ini......

CERITA PASAL BOLA KAT UIA PJ





Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Medcy dirundung rasa malu yang amat sangat. Kerana itu Hafiz dan Mustaqim bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hafiz yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya... Tiba-tiba seorang mak cik tukang sapu menegurnya.. "Hey Hafiz ..." Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab.... Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan mak cik tukang sapu tadi.... Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.." Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hafiz" Kerana kehairanan yang amat sangat... "Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?" Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Mustaqim!".....kua2!!!!

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?