SALAM

Ahad, 14 Oktober 2012

Bebudak ni x pandai baca ke guano...?..


Penyakit dalam diri



Teringat cerita Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya...

Doktor : Pak cik sakit ape?
Pak cik : Saya kena penyakit riak, takabbur, sombong pun ada sikit2
Doktor : Owh...Penyakit tu...x berubat kat sini...x boleh..
Pak cik : hah...??
Doktor : X boleh..x boleh..kalau penyakit tu, saya sendiri pn x baik2 ...

Sekadar renungan dan muhasabah diri... :-)









Sabtu, 13 Oktober 2012

Hikmah Kejadian Alam




“Kalau sudah demikian, adakah Allah yang menciptakan semuanya itu sama seperti makhluk yang tidak menciptakan sesuatu? Maka patutkah kamu lalai sehingga kamu tidak mahu beringat serta memikirkannya?” 
(Surah al-Nahl: 17)

Selasa, 22 Februari 2011



Kenapa dikeluhkan kesilapan yang lalu sedangkan kesilapan itu datangnya dari kita,
Makin lama hidup makin banyak berbuat kesilapan. Secara hakikatnya kesilapan itu sebenarnya langkah permulaan untuk berjaya. Dunia ini bukan tempat pembalasan yang sebenar, tetapi tempat untuk mencari bekalan untuk kehidupan di sana dan antara bekalan tersebut ialah sedar dan bersabar dengan kelemahan diri dan terus berusaha memperbaiki dirinya sehingga tidak menyedari bahawa dirinya banyak berubah ke arah Fisabilillah..

Jumaat, 4 Februari 2011

Teringat akan suatu panggilan terdahulu...

Setelah banyak kali aku mengadap buku dan nota-nota dalam dalam laptop, namun hanya sedikit input pun yang aku dapat dalam masa cuti yang ada 5 hari padahal selepas ini banyak urusan yang perlu hadapi. Hanya sebab banyak situasi yang pernah aku alami sebelum ini membuatkan aku sentiasa berfikir dan terus berfikir apabila memulakan study. Aku tidak mengetahui kenapa dan aku cuba mengawal fikiranku daripada terus berfikir tentang hal-hal yang remeh-temeh itu, namun tidak dapatku lawaninya. Akhirnya aku terus keluar dari bilik penginapan dan melihat keadaan alam semula jadi di sekelilingku. Aku melihat tempat rekreaksi yang biasa orang-orang melakukan riadah dan terus aku berjalan ke tempat itu dengan mengharapkan segala apa yang aku fikirkan itu hilang menekan jiwaku.

Ketika berjalan-jalan melihat pokok-pokok yang lebat daunnya dan mendengar bunyi kicauan burung pada pagi damai ini, aku masih memikirkan hal itu dan aku cuba mencari apa yang membuat jiwaku kagum dengan alam ciptaan Illahi ini. Tiba-tiba aku membayangkan keadaan aku dikaunselingkan oleh seseorang dan orang itu akan mengatakan keadaan yang aku alami sebenarnya dialami oleh golongan yang sudah bekerja, yang banyak mengalami tekanan hidup seperti masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja dan sebagainya padahal aku yang masih student sudah mengalami tekanan yang seperti itu.

Aku merasakan perjalanan untuk mencari ketenangan terlalu singkat. Lalu aku meneruskan perjalanan ke jalan menaiki bukit dan di situ aku teringat cerita Ustaz Azhar tentang mujahidin yang berperang di Chehnya. Dalam ceramahnya itu beliau menceritakan jika seseorang itu berminat menjadi pejuang yang sanggup berkorban kerana mempertahan agama, sediakan duit perbelanjaan sebanyak kira-kira RM10000, RM5000 untuk perbelanjaan menaiki kapal terbang, RM5000 lagi untuk perbelanjaan menaiki bas atau kereta sewa untuk ke kawasan pedalaman dan perbelajaan makan. Tidak rugi katanya kerana jika seseorang itu terkorban, ganjaran syurga dan perlepasan dari azab akhirat serta pemberian syafaat kepada 70 orang kenalan kita di dunia ni sudah pasti untuknya. Cerita itu membuatkan aku tenang sekejap dan mengungkit kembali cita-cita mati dalam peperangan yang pernah aku idamkan pada sesuatu ketika dahulu.

Tentang ganjaran dapat memberi syafaat kepada 70 orang kenalan itu menarik perhatianku yang kini sebagai seorang student. Ini kerana apabila aku telah tamat belajar dan mempunyai pekerjaan, aku hanya dapat menolong keluargaku di kampong dan bakal keluarga yang akan aku dipertanggungjawabkan dalam masa terdekat ini. Padahal sekiranya aku menyertai perjuangan di sana dan terkorban, sudah pasti aku dapat menyelamatkan keluargaku, rakan kenalanku dan sesiapa lagi yang termasuk dalam 70 orang kenalanku. Inilah suatu ganjaran yang sangat menguntungkan bagi kita umat Islam akhir zaman yang tidak standing imannya dengan umat Islam terawal.

Akhir kata jika ianya dianggap suatu angan-angan dari dalam diri ini, sebenarnya ia merupakan suatu angan-angan hebat dan tidak mustahil walaubagaimanapun keadaan hambaNya itu. Seandai takdirnya dipilih olehNya untuk ke sana, diri ini mengharapkan doa-doa dari kenalan supaya mendoakan kesejahateraan ketika berada di sana. Jika ada yang berfikir diri ini tidak mampu ke sana disebabkan keadaan diri ini ketika berjuang di tempat sendiri, jawapannya, sekiranya sudah menjadi jodoh diri ini untuk berjuang dengan pejuang-pejuang di sana Insyaallah… Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, Dialah yang dapat mengeluarkan hambanya dari kegelapan kepada cahaya yang terang..

..Wallahu a’alam..


Isnin, 24 Januari 2011

Ilmu pada kertas atau dalam dada?





Aku masih terkeliru dengan konsep ilmu yang diamalkan oleh para penuntut pada zaman sekarang. Kekeliruanku ialah ilmu tu pada kertas atau ilmu pada dada. Ku terfikir jika betul la kita ni penuntut tentulah kita yang mengingati ilmu itu bukan kita menggunakan kertas untuk melafazkan balik ilmu itu.

Kalau orang zaman-zaman dahulu especially golongan ulama seperti Imam Syafie r.a, Imam Nawawi r.a, Ibnu Sina dan sebagainya, mereka ini adalah golongan ulul albab yang mana merupakan kunci ilmu kepada masyarakat. Ulama-ulama dahulu banyak menghasilkan kitab-kitab ugama untuk kemudahan masyarakat supaya dapat mengetahui ilmu agama dengan sedikit sebanyak. Ulama-ulama tersebutkan sebenarnya bukanlah menghasilkan kitab untuk dirinya, ini kerana dalam diri mereka sudah "lekat" berjuta-juta ilmu yang mereka telah hafal, ingat dan faham, hasil berguru dengan berpuluh-puluh ulama sebelumnya. Kalau dikaji sebab mereka mempunyai ilmu yang tinggi di dalam dadanya adalah "berkat" dari keilkhlasan mereka dalam mencari ilmu seperti mengembara berpuluh-puluh batu dengan berjalan kaki atau menaik unta dan sebagainya, bukan maksudku zaman sekarang kita perlu beralih naik unta untuk mencari ilmu tetapi yang ku maksudkan ialah kesungguhan dalam kita mencari ilmu itu..

Akhir kata dalam ungkapan ini, aku tidak mengencam mana-mana teman sebelajar denganku, tetapi aku merasakan cerita perlu dimusabahkan untuk diriku sendiri yang serba jahil dan banyak kekurangan..dan..sama2 kita menjauhi dari menjadi golongan seperti yang disabdakan oleh baginda s.a.w "..bukan dikalangan umatku yang melakukan dusta..".. wallahua'lam..

"ku mintak petunjuk dari Mu"...

Sabtu, 8 Januari 2011

berhati2 lah dengan perbuatan munafik



"Golongan munafik sangat berbahaya dlm Islam, dan syarat menjadi golongan itu seseorang itu mestilah mengaku Islam, mengerjakan sembahyang, berpuasa, mengerjakan haji, mendengar kuliyyah di masjid dan sbgnya, walaupun golongan ini mengerjakan tuntutan Islam, ttp hati mereka ini tidak suka Islam secara 100% menjadi cara hidup mereka, buktinya Abdullah bin Ubaid, seorang bapak munafik pernah sembahyang satu saf dengan nabi SAW, mendengar ceramah baginda dan membina masjid, akn ttp semua itu adalah perancangan Abdullah b Ubaid utk menghancurkan dakwah baginda SAW.. nauzubillah"-Ustaz Azhar Idrus

Selasa, 23 November 2010

Bila tersungkur dahi di atas sejadah


BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KASIHNYA YANG MAHA ESA,
DALAM SUJUD KEHENINGAN PAGI,
MENAGIH KEAMPUNAN ILAHI..

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
MENGIMBAU AKAN DOSA DAN NODA,
ADAKAH MASIH ADA PELUANG UNTUKKU,
KEMBALI KE JALANMU YA ALLAH...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
TERASA KERDILNYA DIRI,
LAHIR DARI SARIPATI YANG HINA,
MENGABDIKAN DIRI KEMBALI KE
PANGKUANMU...

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HAMBAMU INI BERDOA KEPADAMU,
TETAPKANLAH IMAN HAMBAMU INI,
BERILAH PETUNJUKMU yang AGUNG,
AGAR BISA DIRI INI TAAT KEPADAMU....

BILA DAHI BERTEMU SEJADAH,
HATI INI MERINTIH KEHINAAN,
MASIHKAH ADA JIHAD DALAM DIRIKU,
SAAT SAUDARAKU DIROBEK KEKEJAMAN,
ADAKAH aku HANYA MANPU MELIHAT....

SEBELUM DAHIKU BERTEMU SEJADAH,
SUJUD MENGHARAP KEAMPUNANMU,
HAMPARKANLAH NUR HIDAYAHMU,
LUNTURKANLAH KEHINAAN HAMBAMU INI,
AGAR BISA KU BERDIRI DIHADAPANMU KELAK,
DENGAN PENUH rasa BANGGA MENJADI
HAMBAMU YANG KAMIL










Jumaat, 8 Oktober 2010

Berharta tapi tak berduit...







Petang tadi aku keluar untuk melakukan riadah. Seperti biasa pada waktu tersebut aku dan Syuk turun bermain badminton dahulu. Tempat kami bermain biasanya tidak tetap, kadang-kadang di dewan Mahallah Salahuddin, di dewan KAED , dan jika tidak ada pilihan lain, kami bermain dalm keadaan ala-ala gelap di Male Sport Complex kerana lampunya tidak di’on’kan..

Namun apabila aku sudah sampai di MSc itu, kelihatan Syuk dan Mirul menaiki kereta untuk pulang ke bilik masing-masing.

Aku bertanya” Eh, sek-sek mu balik doh? Aku baru sampai....”

“Laaa, aku ngan mirul baru je habis main, aku sempat main 2 3 game je, lepas tu balik, entah la...mirul kata tak de mood sebab tak de oghang”,balas Syuk.

“Pulok, maaf la tadi sebab aku turun lewat sebab aku tidur sekejap tadi, hari ni aku banyok gi mari gi mari, bilo sampai bilik sebelum Asar tadi, aku buat CAD sekejap dengan Aje, lepas sembahyang Asar, aku ‘jenero’ sekejap...letih bos..”....balas ku..

“Tak po la, aku ikut mu la kalu nok main lagi..Mirul..kalu mu nok balik dulu, tak po la, aku nak main lagi”..tanya Syuk..

“Ok..aku balik dulu” respon mirul..

“Nampok mu bawok tali skipping ja...”..tanya Syuk kepada ku...

“Ho...sebelum nak main, kita panas-panas badan dulu ha ha ha ha”..responku....

“Kito jogging la hari ni”....

“Ok jugok, dewan pun gelap gelemak tu, kito jogging keliling padang la, lepas tu boleh la aku skipping pulok heh heh heh”...

Ketika sedang berjogging, kami berbual-bual supaya tidak bosan untuk menghabiskan 2 pusingan lagi..

“Mu gi Engineering Raya Day male ni?”tanya Syuk..

“Dok kot, musim tak de pitis nok bayar kupong rm10 ...aku tak gi la”

“entah la. Aku tak de duit jugok, tapi aku bayar je la... “

“Loni hujung-hujung semester gini musim bajet duit..awal-awal sem hari tu banyok aku belanjo”..ngeluh aku..

Dalam hati aku terfikir jika ingin beli makanan tengah hari, mungkin aku perlu biasakan diri tak ambik sayur goreng supaya aku boleh jimatkan bajet sedikit. Mungkin bermula dari sekarang aku akan mengalami sembelit yang berpanjangan kerana jarang-jarang makan sayur., hanya makan nasi putih berlauk ayam gulai je, itupun akan bertambah lemak dalam badanku...

“Syuk, padanlah 3 round. Aku nak skipping pulok” ngeluh aku..

“urmm, aku nak skipping jugok”..

“mulo2, cuba buat 200 kali tak berhenti dulu”, aku mencabarnya..

“Eh, banyoknyo..aku tak biaso lagi skipping banyok gitu”..terkejut Syuk..

“Memang la sero tak boleh buat, nak main skipping mu kena main sokmo. Lamo-lamo boleh la.”..aku mem’brainwash’nya..ceh...

“Boleh kot..”Syuk mencubanya...

Setelah Syuk penat ber’skipping’, aku masih melompat-lompat dan tibalah satu saat di mana tali skipping itu membidas pada kasutku. Maka berakhirnya aku skipping pada hari itu. Aku tak bilang sudah berapa banyak aku melompat dan azan Maghrib masjid UIAM pun berkumandang. Kami terus bersiap-sedia untuk pulang ke bilik masing-masing dengan membawa raket masing-masing.

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba aku teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam ceramahnya,

“Islam sebenarnya tidak melarang kita bersukan, berhibur..tetapi Islam melarang dalam sukan tersebut terdapatnya orang-orang mendedahkan aurat..yang bermain bola pulok suka pakai seluar pendek, kalau pakai seluar panjang apa masalahnye?

Kata sek-sek bola,

“Tak boleh ustaz, kalu pakai seluar panjang payoh..”

..Nuuu kat Scotland, semua orang main bola pakai seluar panjang sebab musim sejuk, kebanyakkan pemainnya kelas divisyen pertama, kedua..doh mu ni (pemain-pemain di malaysia), main lagu mano?..divisyen kelapan jah..”, tiba-tiba tergelak orang-orang yang mendengar ceramahnya...



Cukup setakat ini sahaja perkongsian untuk kali ini. Sekian, terima kasih...

Rabu, 6 Oktober 2010

Kalau dah x faham satu perkara

Baru sahaja tadi aku menghantar assignment UNG2050, tak sangka pula itulah assignment yang telah aku hantar 3 kali selepas buat 2 kali pembetulan. Nasib baik lecturer aku Dr Fatmir mengizinkan aku baiki balik apa yang telah ditulis itu... Sebelum ini beliau telah menyuruh para student untuk buat correction dan semua assignment yang telah dihantar oleh rakan-rakan yang lain menunjukkan perubahan dari segi bahasa, isi kandungan dan sebagainya. Akan tetapi malangnya esei yang aku telah mempunyai kesilapan lagi iaitu tidak faham apakah kehendak soalan..hu hu hu..

Bila difikir balik, aku sudah berada di menara gading, UPSR dah lepas, PMR dah lepas, SPM dah lepas, dan bermacam-macam lagi ujian-ujian aku telah laluinya. Bila sampai peringkat buat sarjana muda, satu soalan yang mudah je aku mudah tertewas dan ini disebabkan aku x faham kehendak soalan itu.

Mungkin tak patut aku memikirkannya. Akan tetapi aku sentiasa bermuhasabah akan kesilapan yang telah aku lakukan. Rupa-ripanya semua ini disebabkan bermulanya buat kerja pada last-last minit. Bila buat kerja last2 minit, semua hasilnya tidak menjadi kerana idea yang dihasilkan tidak berkualiti. Cuba bayangkan dalam keadaan tergesa-gesa, kita perlu siapkan satu esei yang satu muka setengah dan sumber-sumber untuk diletakkan dalam esei itu belum aku cari lagi. Akhirnya aku siapkan dan hantar assignmnet itu dalam keadaan yang belum puas hati.. Apa-apa pun, aku memaksakan diriku untuk berhusnul zhan apa yang telah aku buat. Apabila aku melihat hasil kerja aku itu yang telah disemak oleh lecturer aku, keputusannya amat memeranjatkan. Entah la...memang aku dapat sebutir telur ayam dalam kertas aku pada hari itu. Lecturer membenarkan semua student untuk menyemak balik dan membuat pembetulan dalam esei itu dan hantar lagi pada menggu seterusnya.

Kali kedua hantar pun aku dapat telur ayam lagi. Apa sebabnya??? Memang aku tak faham pada mulanya. Akhirnya aku bertanya pada rakan-rakan apa kesilapan yang telah aku buat dalam assignment itu. Rupa-rupanya aku menjawab soalan assignment itu tidak mengikut kehendak soalan. Mula-mula aku rasa terkejut dan membisu sekejap dan akhirnya kecewa sedikit kerana sudah berminggu-minggu aku aku asyik bermain dengan assignment itu sahaja.

Apa-apa pun semua ini terjadi mungkin ada hikmahnya kerana setiap ujian yang menimpa hambaNya sebenarnya dapat meningkatkan lagi kualiti diri seseorang jika hamba itu bersabar dan bertawakal pada Tuhannya. Tidak ada gunanya hamba itu mengenang kesalahan yang lalu tanpa membuat satu perubahan yang dapat menjauhinya dari kesilapan itu juga. Wassalam...

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?