SALAM

Sabtu, 15 November 2008

AQIDAH KITA YANG SEBENAR...

Muqqadimah Aqidah Muslimin

oleh: TUAN GURU HAJI HADI BIN AWANG

Bahagian 1

Muqqadimah

Umat Islam kini menghadapi perkembangan baru dengan cabaran modern, yang berhadapan dengan aqidah dan iman mereka. Ianya berbeza dengan ketika umat ini menghadapi kebanjiran falsafah asing yang diterjemahkan, sehingga melahirkan fahaman Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya, sehingga ilmu aqidah yang murni dapat di pertahankan. Sesungguhnya, itulah janji Allah kepada Islam dan penganutnya. Maka lenyaplah segala yang bathil, sehingga kita dapat mewarisi yang hak daripada Allah. Tetapi pertarunnngan di antara iman dan kufur, hak dan bathil tidak terhenti sekadar itu sebagai suatu kelebihan kurniaan Allah kepada orang-orang yang beriman, agar penentang-penentang lebih melayakkan diri mereka menjadi penentang dan mempunyai peluang yang banyak untuk sedar dan insaf.

Zaman pemujaan patung dan berhala, menyembah syaitan dan jin yang dipuja sudah banyak penjelasan untuk memahaminya. Begitu juga tentang Mu’tazilah, Jabariah, Qadariah dan sebagainya sudah cukup untuk dimengertikan. Tetapi ideologi-ideologi modern, teori-teori dan falsafah-falsafahnya yang memuja kebendaan sebagai patung bentuk baru, mengubahkan ‘semah’ dengan nama pesta-pesta, sesungguhnya mengelirukan banyak orang yang mengaku Islam. Tanpa disedari atau memang disedari, telah bertindak ke peringkat melampaui batas-batas iman dan tauhid dan terpelanting ke dalam batas-batas kufur, syirik dan nifaq.

Saya kemukakan kepada saudara-saudara muslimin an muslimat yang saya kasihi, sekadar kemampuan yang ada, dengan memohon penuh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT agar dibukakan cahaya kebenaran-Nya menembusi hati-hati yang sentiasa berbalik-balik dan berubah-ubah sikap dan pegangan, supaya mereka melalui jalan-Nya yang Mustaqim dan Iltizam dengan perintah-Nya, di samping rela berkorban demi menegakkan kalimah-Nya.

Apabila segala-galanya berpunca dari iman, yang disebut juga aqidah, bahkan menjadi asasnya, fahamlah kita betapa perlu iman dan aqidah itu di dalam mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Maka saya kemukakan kitab ini, berjodol “Aqidatul Muslimin” untuk renungan bersama. Kitab ini membicarakan tentang aqidah, rukun iman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ianya bermula dengan batas-batas iman dan kufur, untuk difahami secara ringkas tentang takrif dan huraiannya sebagai ilmu dan amaran, agar tidak melampaui batas-batas iman dan Islam. Semoga kita tidak termasuk di kalangan orang-orang yang menyesal pada hari kemudian. Amal dan sumbangan yang dibina di atas iman sahaja menjadi pembela sebenar dihadapan qadhi Rabul Jalil.

Di dalam menjelaskan Rukun Iman: Beriman kepada Allah, Rasul, Malaikat, Kitab-Kitab, hari Akhirat dan Qada’ dan Qadar, saya hanyalah memberi penekanan kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya dengan tidak memanjangkan hujjah fikiran manusia dan falsafah mereka sebagaimana menjadi kelaziman dalam perbincangan ilmu aqidah ini, sehingga kita hilang punca dan tidak memahami hubungan aqidah dan iman dengan realiti yang ada. Dengan itu kita hayati bersama-sama arus yang mencabar aqidah yang sebenar, walaupun di tengah perbincangan ilmu aqidatul iman.

Di dalam menjelaskannya juga, saya merujukkan kepada hujjah yang pernah dikemukakan oleh para ulama’ mujaddidin dan mujahidin di kalangan salaf dan pengikut mereka yang berterus-terang membetulkan penyelewengan aqidah di zaman masing-masing, dengan tidak takut dan gentar melainkan Allah SWT. Mudah-mudahan kita mendapat berkat dan manfaat daripada mereka yang beramal dengan ilmu yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka.

Seterusnya saya memohon kepada Allah, supaya menjadikan usaha inidan sahabat yang memberi pertolongan untuk menyebarkannya, sebagai usaha yang paling ikhlas kerana-Nya dan sebagai sumbangan jihad untuk meninggikan kalimah-Nya. Seterusnya saya mengharapkan para pembaca tidak lupa untuk mendoakan kepada saya, kedua ibu bapa saya, para guru saya, keluarga dan sahabat di kalangan mukminin dan muslimin.BERSAMBUNG.....

LAWAK SIKIT2

NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” “Bila dia menangis”. “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” “Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi..”

LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, “Terima kasih, saya lebih suka berdiri”. Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, “Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri.” Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, “Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!

Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpa tam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg baru kehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itu pun pengsan… .. huhuhu…

SIAPAKAH KITA??

BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM

DARI: ana yang telah membaca buku Tasauf



sabda NABI MUHAMMAD SAW:


"
Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baiknya maka baik lah seluruh anggota tubuhnya, dan apabila buruknya maka buruklah seluruh anggota badannya, ketahuilah bahawasanya ia adalah hati(jiwa)kamu" >riwayat bukhari dan muslim<
Dari segi ilmu tasauf, hati sebenarnya sama dengan akal, ruh, nafsu di mana mereka ini merupakan suatu benda yang lahir dari diri kita yang bersifat berkehendakkan sesuatu, menahan untuk bertindak, merasai sesuatu dan sebagainya. MEREKA di gelar LATIFAH RABBANIAH kerana dengan ada mereka ini dalam jiwa manusia dapat merasai nikmat kemanisan iman,merasai gembira dan sedih apabila melakukan amal ibadat kepada Allah SWT..Apabila merasai manisnya semasa beribadat,terdorong dalam diri untuk menambah amalan dari zikir yang sedikit kepada yang banyak..apabila tidak merasai manisnya semasa beribadat itu, terdoronglah dalam diri untuk mengurangkan amal ibadat...semua ini lahir dengan terciptanya jiwa dalam diri kita yang disebut dalam sabda nabi saw. tadi.

Dan lagi kefahaman biasa tentang 4 benda batin ini(hati, akal, nafsu, ruh) merupakan perkembangan jiwa manusia itu: apabila seseorang berada dalam zulumat, syahwat, maksiat maka dinamakan nafsu, dan apabila apbila seseorang itu gerun untuk melakukan maksiat kerna terfikir bahawa ianya akan diazab jika dilakukanya maka dipanggil akal, dan apabila ia berada tenang di bawah peraturan cahaya taat tetapi perasaan berbalik dalam tadbir kehidupan dunia maka ketika itu dinamakan kalbu yang ertinya berbalik-balik, dan apabila seseorang berada dalam keadaan berselera menyebut namaNya serta dibukakan mata ruhnya(penglihatan) dan di syuhudkan nur asliNya maka ketika itu dinamakan Ruh.....

Di sana terdapat lagi Sirr iaitu apabila nafsu sudah bersih dari tarikan tabiat jahat himgga terjadi ia sebagai rahsia dan Sirr semata-mata hingga dinamakan Sirr. Tetapi semua ini istilah-istilah yang tidak lari daripada satu hakikat jua iaitu LATIFAH RABBANIAH namanya....
"Katakanlah wahai Muhammad ruh itu satu daripada urusan rahsia-rahsia alam yang ghaib"




Sebelum saya yang hina ini melanjutkan artikel ini, terlebih dahulu saya memperkenalkan taraf-taraf diri kita(nafsu) yang biasanya berlaku di kalangan ummat Islam iaitu:
  1. nafsu ammarah (nafsu jahat)
  2. nafsu lawwamah(sentiasa menyesal berbuat keburukan dan suka mengkritik diri sendiri)
  3. nafsu mulhamah(sentiasa mendapat ilham yang baik-baik dari Allah)
  4. nafsu mut'mainnah( nafsu diri wali kecil)
bersambung.....

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?