SALAM

Jumaat, 9 Januari 2009

KALAU YAHUDI MENANG PUN SEKEJAP JE.........

Coretan tentang kisah perang Israel Islam


Perang perang lagi..!!! Dunia akhir ini akan dipenuhi dengan pembunuhan di sana sini, bom meletup setiap detik, banyak bangunan rebah jadi batu pecah!!





Apa sudah jadi dengan dunia sekarang? Orang awam seperti kanak-kanak, wanita dan warga tua boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa bersalah. Bantuan kemanusiaan kepada mangsa peperangan disekat oleh Zionist dan negara-negara jiran pulak tu. Mangsa perang tidak dapat bantuan. Yang meraung kesakitan tidak mendapat rawatan yang sempurna. Yang mati tidak mendapat kain kapan yang secukupnya untuk dibungkus. Yang si kecil hilang hilang tempat pergantungan kasih sayang. Yang dewasa hilang mata airnya..Yang si politik bodoh Fatah takut berjuang lari ke negara jiran. Yang berani terus berjuang bermati-matian menentang pencerobohan Yahudi..Apa benda ni???




Inilah peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada Muslim kita di Palestin di mana sejak awal tahun 2009 lagi mereka telah diserang kembali dengan secara besar-besaran setelah diserang lagi suatu ketika dahulu sejak tahun 1948 . Si terorist Israel dan Zionist telah melancarkan penjajahannya sejak mendiami negara Palestin ini lagi apabila kaum yahudi telah dihalau dari Eropah dan di letakkan di negara Palestin jajahan Britain.Menurut sejarah, setelah berlakunya deklarasi PBB sekitar tahun 40-an, mereka telah memutuskan untuk memberi 2 per 3 dari tanah Palestin diberi kepada Kaum pendatang yahudi dan selebihnya diberi kepada tuan rumah rakyat Palestin Islam..Alangkah zalimnya Si Kafir PBB berbuat demikian!!



Setelah mendiami Palestin haram, kaum Yahudi telah mula melakukan pelbagai pengkhianatan dan kemusnahan kecil seperti melakukan aktiviti meminum arak dalam masjid dan membakar bangunan struktur Masjidil Aqsa sehingga merosakkan sebahagian bangunan berkenaan. Lama-kelamaan mereka telah mulai merampas tanah Orang Islam Palestin satu demi satu sehingga berlakumya pengusiran orang Palestin terbesar dari kediaman masing-masing. Siapa tidak ingat peristiwa yang dinamai Nakba 15 Mei 1948 di mana lebih 700 000 rakyat dihalau dari tanah sendiri dan bahkan bukan setakat di halau, tapi dibunuh dengan kejam sekali semasa dalam pelarian...(Ya Allah kuatkan semangat hati orang Islam Palestin!!!)..






Semasa proses imperialisma Yahudi sampai sekarang, berlakunya kebangkitan rakyat palestin menentang penjajahan Israel di mana ramai di kalangan mereka yang berjuang hingga syahid di medan pertempuran seperti peperangan secara gerila dan pengeboman berani mati(bukan bunuh diri) demi membebaskan tanah air Islam mereka dari diambil si musuh Allah....Antaranya Gerakan Islam Hamas telah ditubuhkan bagi memperjuangkan Islam dan menentang musuh Allah di Palestin.Secara fitrahmya, apabila berlaku keadaan kemungkaran dan kezaliman, akan lahir juga golongan yang memperjuangkan amar makruf nahi mungkar dan menetang kezaliman yang berlaku..Keadaan ini sentiasa berlaku dari zaman nabi Adam as hingga akhir zaman iaitu zaman peperangan terbesar antara orang Islam yang dipimpin Imam Mahdi dengan orang Yahudi yang dipimpin Dajjal. Cerita ini bukan dongeng tetapi cerita yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan hadis dari Abdullah b. Mas'ud r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Dunia tidak akan hilang (kiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluargaku (keturunanku) yang namanya sama dengan namaku." -
Riwayat Tirmidzi.........menurut pendapat ulama yang jumhur, lelaki itu adalah Imam Mahdi....

Secara ringkas uraian mengenai Imam Almahdi adalah sebagai berikut:
a. Beliau akan muncul di akhir zaman.
b. Namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Abdullah. Ini menurut hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
c. Beliau termasuk ahli bait (keturunan) Rasulullah saw. yakni anak cucu dari Fatimah putri beliau. Ini tercantum dalam hadis riwayat Abu Daud dan Hakim.
d. Beliau serupa benar akhlak dan budi pekertinya dengan Rasulullah saw., tetapi tidak menyerupai dalam bentuk roman muka dan lain-lain. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari ucapan Imam Ali r.a.
e. Dahi beliau lebar dan hidungnya mancung sekali. Maksudnya rambutnya terbuka dari kepala bagian muka. Adapun hidungnya panjang, lengkung tengahnya dan kecil ujungnya.
f. Beliau akan meratakan ke seluruh permukaan bumi sifat keadilan dan kejujuran dalam memerintah, sedangkan sebelumnya yang terjadi penuh penganiayaan dan kelaliman.
g. Beliau akan menegakkan syariat Islam. Segala sesuatu yang sudah terpendam dari sunah Rasulullah saw. akan dihidupkan lagi.
h. Agama Islam akan tinggi kalimatnya di zaman beliau, sehingga beliau sempat menetapkan serta mengokohkan Islam di bumi. Demikianlah menurut riwayat Abu Daud.
i. Kedudukan beliau kuat dan mantap, kelapangan dalam kehidupan merata di zaman pimpinannya, sebab memang penuh keadilan. Bahkan banyak pula harta yang diberikan. Beliau menyebarkan harta secara merata ke seluruh rakyat, tanpa dihitung-hitung menurut riwayat Muslim.
j. Beliau akan menetap di bumi lebih dari tujuh tahun. Ini tersebut dalam hadis riwayat Abu Daud.
k. Setelah itu datanglah Dajal, kemudian turunlah Nabi Isa a.s. dan selanjutnya beliau bekerjasama dengan Almahdi untuk membunuh Dajal itu. Kemudian Almahdi wafat dan disalatkan oleh kaum Muslimin.

Demikianlah secara ringkas riwayat yang ada sangkut-pautnya dengan Almahdi. Pokoknya riwayat-riwayat tidak ada yang menyimpang dari persoalan pemberitaan bahwa nanti akan muncul seseorang dari golongan pembawa perbaikan dunia yang datang di akhir zaman, ia akan menegakkan bendera keadilan dan dengan usahanya kalimatullah akan menjadi tinggi. Islam pun tegak dengan kokoh dan ini akan merupakan permulaan dari kebaikan yang umum serta merata yang akan terjadi sesudahnya, sebagaimana halnya Yohanna (Yahya) sebelum lahirnya Nabi Isa a.s.




Sementara itu keluar pula Dajal Yahudi sebagai tontonan dari munculnya fitnah-fitnah yang terbesar. Tujuannya ialah melawan gerakan Islam serta berdaya upaya membuat fitnah umat manusia dalam urusan agama mereka dengan menggunakan ilmu pengetahuan, kepandaian dan kekuatan. Tetapi Allah Taala pasti akan menghancurkan tipu daya Dajal tersebut dengan jalan menunjukkan ayat-ayat yang lebih besar lagi dari fitnah yang dilancarkannya. Ayat yang dimaksudkan ialah dengan turunnya Nabi Isa a.s. untuk mengokohkan kebenaran yang dianjurkan oleh Imam Almahdi pada waktu itu. Dengan demikian lalu timbullah kerjasama antara Nabi Isa a.s. dan Imam Almahdi, sedang di belakang kedua pemimpin ini berdiri pemimpin-pemimpin Islam lain yang berusaha keras untuk membunuh Dajal serta melumpuhkan ajakannya. Demikian peristiwa yang akan terjadi pada saat itu.


Kemudian setelah Dajal terbunuh, hancur lebur pulalah kaum Yahudi yang berjuang bersama Dajal tadi. Jumlah mereka ada tujuh puluh ribu orang. Ini menurut hadis riwayat Muslim. Selanjutnya Allah akan menyingkap semua urusan yang berkenaan dengan golongan kaum Yahudi ini, sehingga tidak seorang Yahudi pun yang dapat bersembunyi di balik sesuatu benda, melainkan benda ini akan ditakdirkan oleh Allah Taala dapat berbicara dan memberitahukan siapa yang sedang bersembunyi di belakangnya. Benda akan berkata, “Hai hamba Allah yang muslim! Ini ada orang Yahudi. Kemari dan bunuhlah ia. Dengan demikian lalu ditumpaslah fitnah terbesar yang pernah terjadi di atas permukaan bumi. Setelah itu Nabi Isa a.s. bekerja keras melenyapkan agama Nasrani yang sudah banyak menumpuk-numpuk berbagai kesalahan dengan menggunakan nama agama. Agama yang dikokohkan di bumi ketika itu ialah Islam.




Sebagai Muslim kita kena meyakini hari pembalasan Allah, kalau kita tinjau dari penerangan di atas pembalasan terhadap musuh Allah Yahudi sudah dibalas di dunia lagi dan apatah lagi di akhirat yang tak terkira azabnya untuk ditanggung kelak(mintak dijauhi)..Dan peranan kita sekarang untuk menolong sahabat kita di Palestin dan menentang dasar Israel dan kuncu-kuncunya ialah:




  1. menginfakkan wang dan keperluan yang ada untuk diberikan kepada rakyat palestin
  2. memboikot semua barangan dan pasaran yang mempunyai kaitan dengan Yahudi dan USA seperti TESKO, GIANT, Mc Donald dan sebagainya
  3. sentiasa berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan pejuang islam di Palestin setiap masa dan seelok-eloknya selepas solat
  4. menyertai pertubuhan sukarelawan bantuan kemanusian
  5. menyertai demotrasi bantah serangan Israel
  6. menyertai skuad misi perang untuk membantu Hamas menentang Israel....(tergamam???)





Ahad, 4 Januari 2009

Amanat sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu

Baru-baru ini hatiku bangun kembali apabila membaca satu artikel amanat Tuan Guru haji Hadi..Rasa ingin berjihad ingin ku ulangi lagi seperti mula menerima ajakan berjihad....
Bacalah artikel di bawah ini.......


Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jan 04, 09 | 3:05:42 am MYT

"Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah SWT. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS"




Firman Allah SWT dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru.

Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepung beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri.

Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yang bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yang ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan Umno atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yang kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kepada perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Ia bukan kemenangan percuma tapi bersyarat


Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangan yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas.

Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."



Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.


Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain. - azm _

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?