BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
DARI: ana yang telah membaca buku Tasauf
sabda NABI MUHAMMAD SAW:
"Sesungguhnya dalam tubuh manusia ada seketul daging, apabila baiknya maka baik lah seluruh anggota tubuhnya, dan apabila buruknya maka buruklah seluruh anggota badannya, ketahuilah bahawasanya ia adalah hati(jiwa)kamu" >riwayat bukhari dan muslim<
Dari segi ilmu tasauf, hati sebenarnya sama dengan akal, ruh, nafsu di mana mereka ini merupakan suatu benda yang lahir dari diri kita yang bersifat berkehendakkan sesuatu, menahan untuk bertindak, merasai sesuatu dan sebagainya. MEREKA di gelar LATIFAH RABBANIAH kerana dengan ada mereka ini dalam jiwa manusia dapat merasai nikmat kemanisan iman,merasai gembira dan sedih apabila melakukan amal ibadat kepada Allah SWT..Apabila merasai manisnya semasa beribadat,terdorong dalam diri untuk menambah amalan dari zikir yang sedikit kepada yang banyak..apabila tidak merasai manisnya semasa beribadat itu, terdoronglah dalam diri untuk mengurangkan amal ibadat...semua ini lahir dengan terciptanya jiwa dalam diri kita yang disebut dalam sabda nabi saw. tadi.
Dan lagi kefahaman biasa tentang 4 benda batin ini(hati, akal, nafsu, ruh) merupakan perkembangan jiwa manusia itu: apabila seseorang berada dalam zulumat, syahwat, maksiat maka dinamakan nafsu, dan apabila apbila seseorang itu gerun untuk melakukan maksiat kerna terfikir bahawa ianya akan diazab jika dilakukanya maka dipanggil akal, dan apabila ia berada tenang di bawah peraturan cahaya taat tetapi perasaan berbalik dalam tadbir kehidupan dunia maka ketika itu dinamakan kalbu yang ertinya berbalik-balik, dan apabila seseorang berada dalam keadaan berselera menyebut namaNya serta dibukakan mata ruhnya(penglihatan) dan di syuhudkan nur asliNya maka ketika itu dinamakan Ruh.....
Di sana terdapat lagi Sirr iaitu apabila nafsu sudah bersih dari tarikan tabiat jahat himgga terjadi ia sebagai rahsia dan Sirr semata-mata hingga dinamakan Sirr. Tetapi semua ini istilah-istilah yang tidak lari daripada satu hakikat jua iaitu LATIFAH RABBANIAH namanya....

"Katakanlah wahai Muhammad ruh itu satu daripada urusan rahsia-rahsia alam yang ghaib"
Sebelum saya yang hina ini melanjutkan artikel ini, terlebih dahulu saya memperkenalkan taraf-taraf diri kita(nafsu) yang biasanya berlaku di kalangan ummat Islam iaitu:
- nafsu ammarah (nafsu jahat)
- nafsu lawwamah(sentiasa menyesal berbuat keburukan dan suka mengkritik diri sendiri)
- nafsu mulhamah(sentiasa mendapat ilham yang baik-baik dari Allah)
- nafsu mut'mainnah( nafsu diri wali kecil)
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan