SALAM

Selasa, 23 Disember 2008

komen kepada pengarang UTUSAN MALAYSIA



KOMEN TERHADAP "HUDUD, SUMPAH DAN PERTIMBANGAN POLITIK", oleh Zaini Hassan, muka surat 5 UTUSAN MALAYSIA(24 DIS 2008):



"Barang siapa tidak berhukum dengan hukuman Allah, maka mereka termasuk dalam orang2 fasik"
"Barang siapa tidak berhukum dengan hukuman Allah, maka
mereka termasuk dalam orang2 zalim"
"Barang siapa tidak berhukum dengan hukuman Allah, maka
mereka termasuk dalam orang2 kafir"

Ayat2 alQuran di atas menjelaskan gelaran2 kepada orang2 yang tidak menjadikan hukuman Allah sebagai peraturan hidup.



Saudara, kenyataan dari tok guru 80-an PAS yang saudara kata adalah benar dan bukan keluar semata-mata dari mulutnya untuk menunjukkan yang dia banyak ilmu dan juga bukan berdasarkan sebab umno bersengkokol dengan UMNO. Dia hanya bercakap berdasarkan fakta AlQuran dan Hadis yang jelas yang memang kita tidak boleh mempertikaikan lagi kandungannya. Kalau mempertikaikannya maka Allah berkata " ULAA IKA ASHABUNN NAAR HUM FIHA KHOLIDUN!!!"

Tentang PAS tidak menjalankan lagu hukuman hudud lagi di Kelantan sampai sekarang dan PAS menggunakan Hukuman Hudud dalam manifesto untuk setiap PRU atau PRK itu bukan teori semata-mata, tetapi memang tidak boleh dilaksanakan sebab usul ini tidak diluluskan oleh dewan parlimen di mana majoritinya terdiri daripada ahli parlimen BN yang tidak bersetuju sebab menganggap hukuman Allah yang adil ini ketinggalan zaman..


Tentang semangat Assabiyyah, siapakah yang lebih assbiyyah?? Umno ke Pas? ok, mari dengar: Umno mengiklankan KETUANAN MELAYU ATAU HIDUP MELAYU yang dianggap tidak sesuai untuk negara kita sebab Malaysia terdiri pelbagai lapisan bangsa dan majoritinya Melayu, Cina, dan India....Jika kita hanya bermain ketuanan Melayu, bagaimana dengan keaadaan bangsa lain? Terbelakah kaum Cina dan India di mana mereka ini merupakan masyarakat yang banyak berjasa dengan negara dari segi ekonomi...???
Berbanding dengan PAS yang memperjuangkan Islam"Membangun Bersama Islam" dan kebajikan semua kaum menerusi manifesto PRU baru2 ini "Negara Kebajikan" menunjukkan kebajikan semua bangsa di Malaysia adalah penting bagi PAS dan bukan semata-mata2 mengambil hati kaum lain. Kalau berbalik kepada sirah nabi SAW, nabi tidak menyukai semangat assabiyyah.Pernah terdapat cerita yang nabi pernah menyuap makanan dengan tangan untuk seorang lelaki tua yahudi kafir buta dan akhirnya si lelaki tua itu masuk islam selepas mengetahui Rasul akhir zaman yang dibencinya telah menyuapkan makanan untuknya. Inilah yang cuba diperjuangkan oleh parti Islam untuk kebajikan semua rakyat di negara ini..






Dan akhir sekali tentang anggapan saudara yang PAS dan UMNO mungkin bersatu..Pada pandangan saya PAS tidak akan bersatu dengan UMNO walaupun sesama melayu selagi UMNO tidak menerima hukuman Islam sebagai peraturan negara ini dan UMNO terus mengamalkan rasuah dalam urusan pentadbiran parti sehingga menyebabkan rakyat merana seperti penyelewengan dalam DEB yang menyebabkan ekonomi kaum tidak seimbang.....

pertanyaan dari saya:
  1. adakah saudra benar2 faham tentang isu ini untuk ditulis dan disebarkan kepada rakyat Malaysia yang sekarang mulai mempunyai kesedaran politik?
  2. UTUSAN MALAYSIA hanya menyebarkan kata2 daripada pemimpin UMNO sahaja, dan ini menunjukkan UM sebagai akhbar utama negara tidak adil dalam mengambil pandangan tokoh politik serta pandangan yang diambil adalah fitnah retorik semata-mata... adakah utusan melayu ini"PENYEBAR FIKIRAN RAKYAT atau PEMUSNAH FIKIRAN RAKYAT.??


Semoga komen ini memberi manfaat kepada kita semua selaku rakyat Malaysia..Wallhu a'lam....


daripada,
student is power


1 ulasan:

Mohd Nuruddin Mohamed berkata...

salam dik.
Keep it up.
Erm, please do learn what's mad'u needs and try to go through that routes. :)

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?