SALAM

Jumaat, 19 Disember 2008

BILA RASA KECEWA DATANG....


Semua orang rasa kecewa apabila tidak mendapat suatu yang diharapkan. Kadang2 terasa kita lah orang yang paling down dalam dunia ini dengan masalah yang dihadapi bersilih ganti tanpa henti-henti. Sebagai contoh kalau menduduki peperiksaan, kita telah menerima hasil pencapaian yang teruk atau tidak memuaskan, sudah tentu kita merasa sedih dan rendah diri dengan apa yang kita dapat. Setengah orang dia tidak suka menunjukkan rasa frustnya, tetapi rasa kecewanya yang mendadak dapat menebusi badannya dan orangu dapat tahu yang dia itu memang frust dengan resultnya..Ini semua lumrah kehidupan kita yang kita tak dapat ari daripadanya walaupun kita yakin diri kita telah berusaha banyak kali.

Kalau macam keadaan saya, dalam society yang saya pegang, saya jadi headcom, saya yang mengawal pergerakan biro saya( BIRO KEBAJIKAN). Segala perancangan yang dibuat begitu terperinci dibincang dan banyak program pulak tu, saya dan ahli saya tidak dapat melaksanakan semua plan yang dirancang. Antara sebabnya ialah saya sendiri yang kurang mahir dengan pengurusan dan ahli yang sibuk dengan komitmen lain. Masalah tadi menyebabkan saya berfikir panjang seorang diri untuk mencari penyelesaian. Apabila saya tidak dapat cari jalan penyelesaian, saya cuba tanya penolong saya(seorang perempuan) yang mungkin dapat menyelesaikan masalah biro. Tetapi pertanyaan saya seolah-olah tidak dijawab sebaliknya komentar yang padat dan pedas diberikan kepada saya. Perkara tadi membuatkan saya semakin pening dan jauh daripada mendapat jalan penyelesaian. Jadi semakin banyak tidak selesai.
Kata senior saya(syarif) buat penyelesaian satu per satu program masih tidak selesai. Tetapi apabila saya mengharapkan ahli untuk membuat kerja, mereka tidak mampu menjalankan arahan yang diberi disebabkan terlalu sibuk dengan komotmen lain..e
Ditambah pulak saya ada masalah akademik, markah tutorial dan kuiz yang rendah serta sukar untuk tumpu perhatian dalam kelas. Semua itu terjadi kerana saya kurang mempunyai masa untuk study, tidak sempat untuk ulang kaji dan buat latihan. Contohnya subjek math yang memerlukan kita study lebih lama(kalau saya la) untuk dibaca dan buat latih tubi.

Bila kita hadapi semua itu, sudah tentu kita harapkan seseorang yang boleh menyelesaikan masalah. Tetapi saya fikir tidak ada yang boleh menolong saya kerana tidak betul-betul memahami masalah saya.Masa itu saya fikir macam tu la.Mungkin masa tu saya susah nak cari teman untuk kongsi masalah sebab saya ini susah nak percaya rakan saya boleh sttle masalah saya. Dipendekkan cerita akhirnya saya cuba kongsi masalah saya dan setelah lama bercakap tentang kemelut yang saya hadapi, akhirnya saya rasa satu kepuasan dan tidak rasa masalah itu ada tetapi hakikatnya benda ada lagi sampai hari.

Ahhh!!! cerita pasal masalah ni banyak untuk saya. Hri-hari boleh dikatakan saya ada masalah seperti datang lambat ke kelas, tertinggal buku kat dorm dan banyak lagi.. Saya rasa masing-masing ada masalah seperti ini...

Apa yang saya buat stakat ini untuk reduce rasa tension dan kecewa disebabkan masalah banyak ialah banyak taqarrubb dengan Allah sperti ziikir yang ringkas tapi penuh penghayatan terhadap makna zikir dan berdoa. Bertaqarrub ini saya teringat daripada kata2 sahabiah saya kat UIA Nilai. Jadi cari ini saya gunakan. Kesannya amat luar biasa sekali. Pertama saya rasa hilang dari bebanan masalah yang bertimbun walaupun haqiqatnya kemelut itu masih berlegar dipersekitaran saya dan rasa terlindung sebab saya rasa Allah bersama hambanya yang selalu mengingatiNya--"Innallaha maas sabiriin"...


Antara zikir saya ringkas tapi penuh penghayatan ialah "Lailahaillahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumit, wahuwa ala kullisyain qadir"..BAgi saya 10 kali sudah cukup jika benar2 rasa kekusyukannya...

Saya selalu mengamalkan doa ini setiap hari:
  • Ya Allah, Kuatkanlah diriku, kuatkanlah imanku dan tinggikanlah kesabaranku supaya aku tidak mudah jatuh kecewa dan hina apabila ditohmah, dianaiyai, dihina dan supaya aku ini terjebak ke kancah maksiat...dan jadikan diri ku ini lebih baik daripada apa yang mereka berperasangka buruk terhadap diri ku..
  • Ya Allah, Buangkanlah rasa dukacita, resah gelisah, lemah semangat, putus asa dalam diri ku, sebaliknya Engkau campakkan perasaan ini kepada mereka2 yang memusuhi agamamu supaya mereka nampak kebesaran dan kagungan agamaMu..
  • Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada diriku kemuliaan, kekayaan, ketaqwaan, keimanan, ketenangan, kesabaran, kebijaksanaan dan kesihatan semasa hayatku...
Doa menjadikan ku lebih aqrab dengan Nya, lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan yang dipenuhi pelbagai dugaan"doa adalah senjata orang mukmin"....

Walau apapun, dugaan dan cabaran dihadapi adalh ujian iman daripada Allah dan ianya dapat mentarbiah kita menjadikan insan lebih bertaqwa kepada Nya..

Tiada ulasan:

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?