SALAM

Ahad, 19 April 2009

Aku kenal budak Cina ni..



hememapping.xml">

Dulu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat di mana sekolah jenis ini merupakan sekolah secular yang melaksanakan pembelajaran fardu kifayah melebihi fardu ain. Aku merasakan banyak kekurangan dari aspek pentarbiahan Islam tidak seperti sekolah-sekolah lama sahabatku di matrik ini.Sebagai contoh pengajaran Pendidikan Islam hanya untuk lulus Exam sahaja dan penekanan subjek-subjek sains diberi keutamaan. Tetapi dalam sekolah ku, majoriti guru yang mengajar tidak bersetuju dengan system pendidikan yang dilaksanakan dan mereka ini hanya mendiamkan diri dari membangkang demi menjaga periuk nasi masing-masing.

Walaupun aku merasakan rugi tidak mendapat pertarbiahan Islam sempurna seperti sahabat-sahabat yang belajar di sekolah mahad dan sekolah agama lain, banyak hikmah yang ku alami di mana sahabatku yang sekolah agama tidak merasai suasana seperti yang ku rasa. Sebagai contoh suasana belajar berkumpulan dengan pelajar perempuan, berkawan dengan budak bukan Muslim seperti Cina, Siam dan sebagainya.



Aku rasa ramai budak UIA tidak puas hati dengan contoh yang aku bagi itu kerana mungkin keadaan itu lebih cenderung kepada kesan negative seperti tidak boleh focus kepada pelajaran sebab terasa segan nak belajar depan perempuan atau sebaliknya untuk kaum hawa. Mungkin ada juga yang fikir aku pernah couple sebab biasanya kat sekolah biasa couple dalam study group ni biasa je. Namun bagi ku, walaupun fitrah itu telah terjadi kepada sahabatku, tetapi bagi ku pelajar perempuan boleh dijadikan tempat rujukan untuk subjek-subjek penting seperti ada kawan aku yang kembar bernama Irnis dan Irmis amat mahir dalam English,bukan setakat penulisan essay sahaja tetapi dalam speaking(mak ooi budak kampung dah pandai speaking English,amat jauh sekali dengan ku di mana dah dua tahun masuk UIA baru boleh bercakap English, itu pun tergagap-gagap). Disebabkan aku rasa lemah sangat dalam subjek B.Inggeris ini lah aku berjumpa dengan untuk bertanyakan maksud perkataan yang aku tak fahami. Namun Allah maha Adil, DIa jadikan setiap manusia ada kel;ebihannya yang tersendiri, aku pulak dijadikan tempat rujukan subjek Add Math oleh semua pelajar dalam kelas aku, terutama sekali kaum hawa. Nak buat macam mana memang lumrah pelajar perempuan suka banyak bertanya apabila mereka tidak banyak faham tentang apa yang mereka belajar terutama sekali mahu tanya dengan pelajar lelaki. Rasa nak melarikan diri tu ada juga daripada ditanya macam-macam soalan sebab perasaan segan masih tersemak dalm diriku, tetapi ku lebih memikirkan kita tidak boleh bakhil dalam berkongsi ilmu kerana Nabi SAW pernah bersabda orang kedekut ilmu ibarat pokok yang tidak berbuah. Dan satu persolan lagi jika ku cuba menyembunyikan dari bersua di dalam kelas apabila ramai yang ingin bertanya, ramai yang yang akan berkata bukan-bukan terhadap dirku ini.”Miroe ni sombong la,kedekut ilmu pulak tu !” , dan bermacam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan kepada diriku. Semua keadaan ini membuatkan aku tidak boleh berdiam diri dan aku terpaksa bertahan juga sehingga habis discuss . Mungkin ada yang bertanya, tak de ke budak lelaki yang mahu tanya soalan? Jawapan nya ada cuma mereka ini jarang jumpa dengan aku, mereka ini lebih cenderung belajar sendiri dan setiap di kalangan kami berlumba-lumba nak kejar result yang tinggi dalam setiap exam.



Teringat juga macam mana keaadaan 3 orang budak Cina di sekolah aku dulu yang pernah aku berkawan dan kesemuanya budak cina kampung. Seorang bernama Chin(nama penuhnya aku lupa), dia ni pendiam, tak tahu pulak kalau pemalu. Dari segi pergaulan aku tak rapat sangat kerana aku jarang bercakap dengan dia dulu, tapi perayaan tahun baru cina baru-baru ni, aku sempat bertanyakan khabarnya dan sedang belajar kat mana sekarang. Dia sedang melanjutkan pengajian di UTAR. Dia mempunyai seorang Kakak yang merupakan seorang bekas best student STPM 2005 di sekolah Aku dulu dan telah mendapat 4.0 dalam CGPAnya. Dia bukan setakat terkenal di sekolah, tapi di peringkat daerah kerana dia adalah antara 40 orang pelajar terbaik STPM di Kelantan.

Seorang lagi nama kawan ku Teng So Chin, namun aku panggilnya Teng, dia amat tinggi lampai la. Dia ni bijak dalam subjek Math, kadang-kadang aku suka berkongsi macam mana nak menjawab soalan KILLER dengannya. Dia pernah mengajak aku menziarahi rumah terbukanya semasa tahun baru cina, tetapi aku menolak tawaran makanan yang disedikan walaupun diajak beberapa kali dan akhirnya aku dating sekadar ziarahya sahaja. Ini kerana aku teringat dalam satu kisah di mana Nabi SAW pernah diajak oleh jirannya yang bukan lagi memeluk Islam, Dan baginda menerima jemputan itu .Walubagaimanapun baginda menolak ajakan untuk makan di rumah itu walaupun baginda berfikir tindakan itu akan mengguris hati jirannya.Akhirnya Nabi SAW memberi syarat baginda akan memakan apa yang disediakan jika jiranya itu mengucap dua kalimah syahadah dan jiran nabi itu akhirnya memeluk Islam.

Dan seorang lagi budak cina yang memang aku nak cerita ialah Lee (bukan LEE KUAN YU). Apa yang istimewanya dia ni aku dengar cerita dia ada keinginan untuk memeluk Islam. Mungkin disebabkan pergaulannya yang sangat rapat dengan kawan-kawanku yang beragama Islam. Dalam PLKN, dia ni tidak berminat sangat bergaul dengan budak cina yang lain. Dia ni seorang pendiam dan pemalu dengan perempuan melayu sekolah aku. Walaupun dia pernah dipermainkan oleh kawan-kawan aku dulu dengan mengatakan “kamu pengotor sebab makan babi!!” tapi hanya tersenyum dan tidak menjawab sepatah apa pun. Dengan hidayahNya yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya, mungkin dalam masa akan datang dia akan mengucap dua kalimah syahadah dan pada masa itu, mungkin aku dan sahabat-sahabat yang lain akan gembira dengan kehadirannya sebagai seorang tetamu. Tapi kini ada sebab yang menghalangnya daripada memeluk Islam iaitu halangan ibu bapanya. Hisyam pernah bercerita kepada aku bahawa bapa Lee macam menunjukkan kebenciaan kepada nya apabila dia menziarahi rumah Lee kerana takut akan mempengaruhi anaknya dan ibu Lee pula apabila merespon hasrat anaknya, tidak tidak menunjukkan sebarang halangan tetapi apa yang dia bimbang Lee akan meninggalkannya apabila dia sudah menjadi Islam. Tetapi yang ku tahu walau sejahat mana pun ibu kita, kita wajib menjaga mereka sampai di akhir hayat mereka. Aku teringat satu cerita bahawa nabi Musa telah dikhabarkan oleh Allah tentang siapakah yang akan berjiran dengan baginda di dalam syurga kelak. Maka Allah menunjukkan satu rumah di mana terdapat seorang pemuda yang sedang tekun menjaga sepasang babi betina dan babi jantan. Pemuda itu siap memandikannya dan meletakkan babi-babi tersebut di tempat selesa. Rupa-rupanya nabi Musa diberitahu oleh pemuda itu bahawa sepasang babi tersebut adalah ibu bapa pemuda itu di mana mereka telah bertukar bentuk akibat melakukan pendurhakaan kepada Allah . Dan nabi Musa telah mengetahui bahawa pemuda yang gigih ini bakal menjadi jiranya di dalam Syurga kelak. Begitulah wahai teman-teman besarnya ganjaran kepada kita jika bersungguh-sungguh dalam berbakti kepada kedua ibu bapa kita walaupun mereka berlainan rupa dengan kita, mungkin berlainan fikrah, fahaman dan agama.



Namun aku sebagai sorang pernah mengenali Lee, rasa bersalah tetap wujud dalam diriku sehingga aku dapat membimbingnya ke jalan yang benar. Aku gagal menunjukkan contoh terbaik kepada mad’u sehingga mereka fikir sukar untuk mendekati Islam. Walau bagaimanapun aku akan cuba mengajaknya supaya lebih memahami Islam dengan mendalam seperti yang yang dilakukan oleh Tariq bin Ziad, seorang Panglima Islam yang berjaya menakluk Sepanyol dan Portugal di mana beliau telah berpesan kepada tentera-tentera nya agar menunjukkan sikap yang terbaik kepada penduduk negara-negara itu supaya mereka lebih mudah menerima kedatangan Islam di bumi Eropah. Usaha itu berjaya apabila ramai penduduk Andalusia itu menyatakan kesediaan mereka memeluk Islam, ada setengah pula suka meniru cara hidup Islam dari pemakaian walaupun tidak menganut Islam dan setengah pula rela bernaung di bawah pemerintahan Islam yang adil.

Sekian...

5 ulasan:

munadhia berkata...

salam. dalam menarik mad'u lagi2 bangsa cina, akhlak kt la yg plg pnting utk djadikn cntoh. nt kt uia gmbak ramai gak studnt bangsa cina. kdg2 sgt trase nk kwn ngan mrka dn cba trik mreka. mga, org2 ini mndpt hidayah Allah, insyaAllah...sbbnya x slp ana, mreka ni pon ad amek UNGS dn da trdedah dgn agma Islam...

psal prgauln pula, kalu d kaed suasananya beza. bg ana, ana xley bsikap tlalu x endah dgn bdk laki. jadi, d cni ana lbh ska jd kakak diorg, cba masuk ngan bdk2 studio as long as x mlampaui btas...mksud ana xde la kt g kat die. ble diorg dtg tnya pape, kt cba utk jwb sebaiknya...dn cba jd jurunasihat diorg...bla kt rapat, diorg lbh senang trima nsht...insyaAllah...lgpun, kt xleh mletakkan diri kt sama dgn diorg...

wallahu'alam.

AMIROE "THE WISE" berkata...

betul-betul

AMIROE "THE WISE" berkata...

sesungguhnya yang halal tetap halal, dan yang haram tetap haram......
biasanya bercakap dengan lain jantina ini akan ada perasaan lain yang cuba mengganggu hidup kita...bagi saya yang jahil ini, berurusan lah dengan kaum hawa apabila ada urusan yang amat diperlukan, supaya kita tidak jauh dari jalan hidayahNya.. astaghfirullah

Mohd Nuruddin bin Mohamed berkata...

Assalamualaikum W.B.T

Bagus, laras bahasa semakin menarik. Tingkatkan kematangan, berfikir diluar kotak, jaga hati semua orang, tapi jangan terlalu bermain ayat sehingga tawar kebenaran. Kirim salam kat semua adik beradik usrah. Jaga hubungan semua

Salam Ukhuwwah

AMIROE "THE WISE" berkata...

thanks u...insyaallah ana akan perbaiki...

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?