SALAM

Jumaat, 22 Mei 2009

Sehari balik ke kelate.












Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Waktu ni amat sunyi sekali, tidak kedengaran sebarang bunyi meriah dan kecoh seperti aku berada di kolej di mana waktu ni la budak-budak kat tempat aku kecoh tak tentu pasal. Ada yang meraung memanggil sister di asrama sebelah, ada yang menyanyi kerana asyik mendengar lagu balada yang mendayu-dayu jiwa dan macam-macam lagi. Kalau aku pulak pada waktu tu mungkin tengah study, tak pun kalau tidak ada mood, mungkin aku akan berborak-borak tentang masa hadapan dengan rakan-rakan atau mungkin aku layan movie bersama dengan mereka itu. Semua itu membuatkan rasa kelainan apabila aku berada di rumah. Sunyi sangat!!! Semua famili dah tidur kecuali aku.....

Bila ada kat rumah ni, aku terdetik nak tolong emak aku menjaga adik-adik dan rumah. Maklum sahajalah, anak sulong ada tanggungjawab banyak bila parent pergi kerja. Mula-mula fikir jugak kerja macam ni macam perempuan je, kerjanya kemas-kemas rumah, tolong sediakan makan tengah hari untuk adik-adik yang akan pulang dari sekolah dan sebagainya. Pernah jiran aku berkata aku ni anak dara kerana asyik duduk rumah je bila balik dari sekolah, sebab sibuk study. Panas telinga mendengarnya sebab ngato-ngato hok pelik-pelik kat ku.. kadang-kadang aku rasa nak ubah tabiat aku itu dengan keluar tak tentu arah ke rumah-rumah kaum kerabat, sekurang-kurangye adapat tengok anok daro yang sedang menyapu kat sekeliling rumahnya. Itu dapat menambahkan aku ni seorang lelaki yang berkelelakian..

Siapa kata aku duduk kat rumah sahaja, bila cuti sebegini biasanya aku akan cuba contact kawan lamo untuk enjoy-enjoy. Aku dan rakan-rakan biasanya akan merancang untuk menzirahi rumah kawan lamo kat sekitar Tumpat ni . Jarak rumah-rumah budak ni dengan yang lain tidaklah jauh sangat untuk diziarahi, antara Kampung Baru Nelayan dengan Teluk Jering dan Bunohan apo la sangat, dalam 5 kilometer je.....So, ini membuatkan sekurang-kurangnya membuatkan cuti aku terisi dan tidaklah terbuang begitu sahaja.......


Namun aku sedar sekarang ni ialah cuti semester panjang sebelum pergi ke UIAM Gombak. Aku terdetik hendak memperbaiki diriku yang serba dan banyak kekurangan dalam menjadi seorang pelajar Islam di sampinng menjadi seorang JUndullah di matrik dahulu. Setelah diamati betul-betul, aku sebenarnya tidak layak bergelar seorang JUNDULLAH kerana banyak ilmu agama dan pengalaman hidup belum ku kuasai. Oleh sebab kerana seruan Islam di bumi matrik, walaupun amat malas dan jahil diriku ini, aku cuba menerima tanggungjawab sebagai seorang pendakwah ini.... Memang sukar sekali memikul tugas Nabi ni ini kerana jika menjadi seorang pendakwah, ilmu yang cukup dan akhlaq yang baik amat penting sekali supaya segala perkongsian yang kita sampaikan mudah diterima oleh para mad'u..



Aku ada memegang satu usrah di kampung ku. Ahli-ahlinya adalah budak yang sangat ingin mengenaliku dari segi peribadi seorang pelajar IPTA. Mereka sering bertanya macam mana nak score tinggi dalam ujian terutamanya subjek Add Math. Aku terfikir aku harus menngunakan peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan dengan anak usrahku supaya mereka selalu komit dengan usrah yang diadakan. Dengan ini menjadi mudah aku menerangkan tentang seruan Islam untuk diri kepada mereka sambil memberi tunjuk ajar dalam akademik.....


Aku ada seorang senior Darul Quran di kampung aku, kalau hendak diceritakan dia ini seorang yang tawadhu', kuat beribadat dan cekap dalam memberi tazkirah kepada pengunjung-pengunjung surau. Tapi apa yang inginku beritahu, apabila dia balik Syria, aku jadi bertambah bersemangat untuk mengendalikan usrah bersamanya. Dengan pengisian penuh bermakna darinya akan membuatkan semua yang hadir dalam usrah itu asyik dan kusyuk mendengarnya. Ini kerana keikhlasannyamenyampaikan peringatan memberi kesan hati kepada yang hadir .....


Cukup setakat ini sahaja……..







Namun sekarang ini aku sedar banyak ilmu dan pengalaman perlu ku cari untuk memantapkan diri ku ini untuk menjadi seorang pendakwah dan mujahidin yang dikenali di penghuni langit walaupun tidak dikenali di penghuni bumi. Sebagai akhir tulis, aku berdoa agar diriku dan sahabat-sahabatku kekal di dalam jalan perjuangan yang suci ini yang membawa kesejahteraan di dunia ini dan di akhirat kelaq……



1 ulasan:

nik nadia berkata...

salam.
jadikan cuti yang pnjang ini terisi sntiasa. bukan senang dpt cuti pnjg. ana x prnah dpt cuti sangat pnjng. malah tidur yg pnjang juga sgt jarang.
gunakan nikmat Allah sebaiknya.
brsedialah melangkh ke bumi UIA gombk yg lbih hebat cabarannya.
insyaAllah. smoga terus thabat dlm pjuangan ni.
wslm.

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?