SALAM

Ahad, 12 April 2009

Mari Menjiwai Suasana Berperang!!

Ini merupakan game yang amat diminati. Walaupun mula depannya tak berapa elok dengan gambar salib itu untuk dilihat, tapi gamenya amat bagus untuk kita main kerana ada unsur jihad kita boleh apply di dalamnya.
Melalui permainan ini kita dapat macam mana nak bina sebuah kerajaan Islam, nak menjaga kebajikan rakyat kita dan memimpin tentera kita untuk mempertahankan kota dan menawan kota yang dimiliki oleh tentera salib. Dan kalau nak mula, pastikan anda memilih watak Panglima Islam @ Arabic Lord.



Pada permulaan permainan, kita perlu mengasas sebuah kerajaan yang mempunyai pelbagai lapisan masyrakat seperti golongan penganggur, pekerja, tentera dan pemimpin. Untuk memastikan kestabilan keadaan kerajaan di peringkat awal, kita hendaklah menjaga sumber-sumber utama sperti makanan, bahan galian, ekonomi supaya sentiasa kekal dan meningkat dari masa ke semasa. Ini penting agar kita dapat menanggung kos sara hidup tentera yang perlu untuk menjaga ketenteraman negara. di samping kita perlu membuat satu kubu besar supaya musuh luar tidak akan mudah mencerobohohi negara yang kita sedang bina.




Begini la keadaan apabila kita sedang mengawal pasukan tentera kita untuk mempertahankan kota dari dicerobih oleh tentera Salib. Beratus-askar askar Islam kita yang terkorban demi melawan pihak musuh
Semasa keadaan begini, Ketenangan dalam mengawal tentera adalah penting kerana jika tersilap memberi arahan, ramai tentera dan rakyat jelata akan terkorban dan pemimpin sendiri dalam kota ini akan terbunuh.



Bila musuh gagal menawan kota anda, telah tiba masanya anda menyerang balik kota mereka. Siapkan tentera yang sanggup mati syahid dengan seramai mungkin, atur strategi dengan baik dan mulakan langkah untuk menawan kota"Constantinople"..



Peperangan memang hangat. Pelbagai kekalutan timbul dalam situasi ini..





Cuba kita bayngkan bila kita dalam zaman nabi, sahabat2nya serta tentera Islam zaman kegemilangan dahulu, bagaimana keadaan mereka dalam berperang dan cara mereka mengalahkan musuh...


Akhirnya, hanya tinggal "Kepala Pengat" Salib yang tinggal. Kesemua tentera Salib yang tadi mati hilang begitu sahaja. Raja tersebut tidak akan menyerah kalah jugak, dia perlu dibunuh sebagaimana dia telah membunuh semua rakyat kita...
Kemenangan berpihak kepada Islam(walaupun dalam Game je) Kita berjaya menawan kota salib.......


Inilah Kepala pengat yang perlu dibunuh supaya keadilan Islam dapat diperluaskan.


Kalau anda berminat, anda boleh mendapatkannya di pasaran..!!

2 ulasan:

Mohd Nuruddin Mohamed berkata...

em, realitinya macamna ya?

Miroe Khalil berkata...

Realitinya, kita memerlukan kebijaksanaan dalam membuat keputusan untuk menangkis segala anasir luar yang mengganggu perjalanan gerak kerja Islam. Sebagai contoh kepekaan terhadap gangguan seperti ancaman pentadbiran,seorang panglima atau pemimpin perlu mencari langkah bijak untuk menghadapi ancaman tersebut. Sama-sama fikirkan la...

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?