SALAM

Isnin, 1 Jun 2009

Cerita Ajaib tentang Amiroe








Sekejap tadi aku baru melihat suatu luar biasa iaitu kubah terbang yang berada di atas masjid di Indonesia baru-baru ini. Perkara membuatkan aku teringat banyak peristiwa yang aku lihat sebelum ini sama ada secara langsung. melalui gambar ataupun video. Ku tetapkan hatiku bahawa segala kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah kerana Dianya mampu membuat segala sesuatu termasuk perkara yang tidak terlintas di fikiran kita sebagai manusia yang lemah.

Ada peristiwa-peristiwa luar biasa pernah berlaku terhadap diriku. Antaranya semasa aku berumur antara 4 hingga 5 tahun di mana aku sedang duduk di bawah pokok kelapa yang tinggi. Tiba-tiba jatuh sebiji buah kelapa muda (yang kombeng) di atas belakang aku dengan begitu kuat sekali. Bunyinya seperti kita pukul karpet dengan kayu panjang. Mak aku dan makcik2 lain yang menyaksikan kejadian amat risau sekali. Ada yang bertempik kerana khuatir akan keselamatan diriku yang kecil comel ini. Tetapi apa yang berlaku aku hanya tengok buah kelapa muda itu pecah mengeluarkan airnya sambil tergolek di depanku dari tempelanting di belakang ku. Malah aku tidak merasai sebarang kesakitan melainkan rasa seperti orang tepuk dengan tangan ke atas belakang tubuh aku....




Semasa aku berumur 5 hingga 7 tahun pulak, aku sedang bermain robot-robot dengan kawan-kawanku. Ada yang melompat-melompat seperti robot Power Ranger melompat melawan raksasa penjahat di atas geran (tempat duduk untuk lepak-lepak). Ada yang bertempik mengaku dia ahli Power Ranger merah, hijau biru dan sebagainya. Manakala aku pula jadi robot yang kacak.. Ada seketika aku ternampak satu nat kecil yang mempunyai lubang. Aku ambil nat itu dan letak kat lubang hidung aku. Apabila benda itu lekat berada di lubang hidung aku, aku terasa megah kerana aku lah robot yang paling canggih sebab ada unsur besi kat muka aku. Akan tetapi, ada seorang kawan aku menegur aku bahawa perkara yang aku buat itu terlalu bahaya takut-takut termasuk ke dalam kepala aku. Kata-kata kawan aku itu membuatkan aku risau, lalu aku cuba mengorek balik nat itu. Apabila ku mengorek nat itu, nat itu makin masuk ke dalam hidung aku dan akhirnya masuk ke dalam kepala aku.... Kawan-kawanku yang melihat perbuatan aku itu semuanya kehairanan, tetapi aku hanya tersenyum sahaja.......




Ada lagi cerita ajaib yang pernah ku alami untuk dikongsi. Hakikatnya semua kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah. Janganlah kita menganggap kepelikan berlaku atas diri adalah keramat, magic dan lebih-lebih lagi mukjizat kepada diri kita. Kadang-kadang syaitan cuba memainkan imiginasi kita dengan membuat kita terbayang diri kita ini semacam nabi, wali dan sebagainya. Namun apa yang boleh kita buat, kuat kan iman kita bahawa Allah mampu membuat sesuatu kepada hambaNya, bukan setakat para kekasihnya tetapi hamba biasa seperi kita sebagai contoh pernah berlaku kepada muslim Acheh semasa tsunami 26 Disember 2004.

"Sesungguhnya Allah mampu membuat segala sesuatu"

Tiada ulasan:

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?