SALAM

Jumaat, 4 Februari 2011

Teringat akan suatu panggilan terdahulu...

Setelah banyak kali aku mengadap buku dan nota-nota dalam dalam laptop, namun hanya sedikit input pun yang aku dapat dalam masa cuti yang ada 5 hari padahal selepas ini banyak urusan yang perlu hadapi. Hanya sebab banyak situasi yang pernah aku alami sebelum ini membuatkan aku sentiasa berfikir dan terus berfikir apabila memulakan study. Aku tidak mengetahui kenapa dan aku cuba mengawal fikiranku daripada terus berfikir tentang hal-hal yang remeh-temeh itu, namun tidak dapatku lawaninya. Akhirnya aku terus keluar dari bilik penginapan dan melihat keadaan alam semula jadi di sekelilingku. Aku melihat tempat rekreaksi yang biasa orang-orang melakukan riadah dan terus aku berjalan ke tempat itu dengan mengharapkan segala apa yang aku fikirkan itu hilang menekan jiwaku.

Ketika berjalan-jalan melihat pokok-pokok yang lebat daunnya dan mendengar bunyi kicauan burung pada pagi damai ini, aku masih memikirkan hal itu dan aku cuba mencari apa yang membuat jiwaku kagum dengan alam ciptaan Illahi ini. Tiba-tiba aku membayangkan keadaan aku dikaunselingkan oleh seseorang dan orang itu akan mengatakan keadaan yang aku alami sebenarnya dialami oleh golongan yang sudah bekerja, yang banyak mengalami tekanan hidup seperti masalah rumah tangga, masalah di tempat kerja dan sebagainya padahal aku yang masih student sudah mengalami tekanan yang seperti itu.

Aku merasakan perjalanan untuk mencari ketenangan terlalu singkat. Lalu aku meneruskan perjalanan ke jalan menaiki bukit dan di situ aku teringat cerita Ustaz Azhar tentang mujahidin yang berperang di Chehnya. Dalam ceramahnya itu beliau menceritakan jika seseorang itu berminat menjadi pejuang yang sanggup berkorban kerana mempertahan agama, sediakan duit perbelanjaan sebanyak kira-kira RM10000, RM5000 untuk perbelanjaan menaiki kapal terbang, RM5000 lagi untuk perbelanjaan menaiki bas atau kereta sewa untuk ke kawasan pedalaman dan perbelajaan makan. Tidak rugi katanya kerana jika seseorang itu terkorban, ganjaran syurga dan perlepasan dari azab akhirat serta pemberian syafaat kepada 70 orang kenalan kita di dunia ni sudah pasti untuknya. Cerita itu membuatkan aku tenang sekejap dan mengungkit kembali cita-cita mati dalam peperangan yang pernah aku idamkan pada sesuatu ketika dahulu.

Tentang ganjaran dapat memberi syafaat kepada 70 orang kenalan itu menarik perhatianku yang kini sebagai seorang student. Ini kerana apabila aku telah tamat belajar dan mempunyai pekerjaan, aku hanya dapat menolong keluargaku di kampong dan bakal keluarga yang akan aku dipertanggungjawabkan dalam masa terdekat ini. Padahal sekiranya aku menyertai perjuangan di sana dan terkorban, sudah pasti aku dapat menyelamatkan keluargaku, rakan kenalanku dan sesiapa lagi yang termasuk dalam 70 orang kenalanku. Inilah suatu ganjaran yang sangat menguntungkan bagi kita umat Islam akhir zaman yang tidak standing imannya dengan umat Islam terawal.

Akhir kata jika ianya dianggap suatu angan-angan dari dalam diri ini, sebenarnya ia merupakan suatu angan-angan hebat dan tidak mustahil walaubagaimanapun keadaan hambaNya itu. Seandai takdirnya dipilih olehNya untuk ke sana, diri ini mengharapkan doa-doa dari kenalan supaya mendoakan kesejahateraan ketika berada di sana. Jika ada yang berfikir diri ini tidak mampu ke sana disebabkan keadaan diri ini ketika berjuang di tempat sendiri, jawapannya, sekiranya sudah menjadi jodoh diri ini untuk berjuang dengan pejuang-pejuang di sana Insyaallah… Sesungguhnya hidayah itu milik Allah, Dialah yang dapat mengeluarkan hambanya dari kegelapan kepada cahaya yang terang..

..Wallahu a’alam..


Tiada ulasan:

Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?