Kebakaran Pusat Maksiat di Thailand
mayat pelaku maksiat maut bergelipangan
kesan dari azab menyebabkan wajah tidak lagi menyerupai manusia
hukuman sebat yang dijalankan di Acheh
Jika kita meneliti hukuman sebat yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan dalam Islam, kita akan mendapati sebat hanya dikenakan kepada tiga jenis kesalahan sahaja iaitu:
1. Kesalahan zina bagi yang belum kahwin: Firman Allah SWT: ﴿الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴾ Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Surah An-Nur: Ayat 2
2. Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang lain berzina tanpa bukti: Firman Allah SWT: ﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴾ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik. Surah An-Nur: Ayat 4
3. Kesalahan minum arak; berdasarkan dalil sunnah dan amalan para sahabat. Hadis Riwayat Anas bin Malik: أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين. قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: "Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan". Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali). (Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim) Kaedah melakukan hukuman sebat dalam Islam tertakluk kepada peraturan dan cara yang tertentu.Ia dibincangkan secara terperinci oleh para fuqaha. Pendeknya sebatan di penjara yang diamalkan dewasa ini bukan sebatan yang dimaksudkan. Sebatan itu mengerikan. Ia zalim kuno dan keterlaluan. Itulah yang seharusnya Majlis Peguam tentang dan bukan menentang hukuman sebatan secara keseluruhan dalam keadaan mereka jahil tentang bentuk hukuman sebatan dalam Islam. Pihak-pihak yang melarang dirotan murid-murid di sekolah kerana mengatakan hukuman rotan itu zalim dan merosakkan emosi pelajar, hari ini kembali termimpi-mimpi hukuman rotan untuk menyelesaikan kemelut gejala sosial di kalangan pelajar dewasa ini. Dahulu, semasa mula-mula mahu mengenakan sekatan dan larangan terhadap hukuman rotan, akal fikiran dijadikan panduan. Kononnya sebagaimana manusia yang belas kasihan kepada murid-murid. Belas kasihan yang membawa rebah.
Hukuman rotan kepada anak-anak disarankan oleh nabi untuk mendidik mereka solat. Jika untuk tujuan mendidik boleh dirotan, maka guru-guru sebagai pendidik berhak menggunakan rotan. Kerajaan yang mendidik masyarakat juga berhak merotan rakyatnya. Itulah sebenarnya tarbiah. Tarbiah bukan sebagaimana mereka yang mengatakan “utamakan tarbiah”, sedangkan tiadapun tarbiah dibuat untuk rakyat. Rakyat dibiarkan hidup melata laksana kambing meragut rumput di luar pagar. TV menyediakan segala macam hiburan. Golongan hedonis dibela dan dilonjak dalam masyarakat. Pusat-pusat perjudian dibiarkan berkembang biak. Arak dan judi dijual bebas kepada semua lapisan masyarakat. Akidah tidak dipelihara dan pemurtadan tidak dapat dikawal. Lalu, pada saatnya keluar kata-kata escapism “itu semua adalah persoalan iman masing-masing”. Mana tarbiah? "
hukuman sebat yang dianjurkan oleh sekular
kesannya lebih parah apabila mengenakan hukuman sebat sekular. Adakah ini yang mereka ingin pertahankan tentang hukuman sivil yang kononnya lebih ringan dan tidak kejam...???
by abu jihad and abg kama...
Sekejap tadi aku baru melihat suatu luar biasa iaitu kubah terbang yang berada di atas masjid di Indonesia baru-baru ini. Perkara membuatkan aku teringat banyak peristiwa yang aku lihat sebelum ini sama ada secara langsung. melalui gambar ataupun video. Ku tetapkan hatiku bahawa segala kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah kerana Dianya mampu membuat segala sesuatu termasuk perkara yang tidak terlintas di fikiran kita sebagai manusia yang lemah.
Ada peristiwa-peristiwa luar biasa pernah berlaku terhadap diriku. Antaranya semasa aku berumur antara 4 hingga 5 tahun di mana aku sedang duduk di bawah pokok kelapa yang tinggi. Tiba-tiba jatuh sebiji buah kelapa muda (yang kombeng) di atas belakang aku dengan begitu kuat sekali. Bunyinya seperti kita pukul karpet dengan kayu panjang. Mak aku dan makcik2 lain yang menyaksikan kejadian amat risau sekali. Ada yang bertempik kerana khuatir akan keselamatan diriku yang kecil comel ini. Tetapi apa yang berlaku aku hanya tengok buah kelapa muda itu pecah mengeluarkan airnya sambil tergolek di depanku dari tempelanting di belakang ku. Malah aku tidak merasai sebarang kesakitan melainkan rasa seperti orang tepuk dengan tangan ke atas belakang tubuh aku....
Semasa aku berumur 5 hingga 7 tahun pulak, aku sedang bermain robot-robot dengan kawan-kawanku. Ada yang melompat-melompat seperti robot Power Ranger melompat melawan raksasa penjahat di atas geran (tempat duduk untuk lepak-lepak). Ada yang bertempik mengaku dia ahli Power Ranger merah, hijau biru dan sebagainya. Manakala aku pula jadi robot yang kacak.. Ada seketika aku ternampak satu nat kecil yang mempunyai lubang. Aku ambil nat itu dan letak kat lubang hidung aku. Apabila benda itu lekat berada di lubang hidung aku, aku terasa megah kerana aku lah robot yang paling canggih sebab ada unsur besi kat muka aku. Akan tetapi, ada seorang kawan aku menegur aku bahawa perkara yang aku buat itu terlalu bahaya takut-takut termasuk ke dalam kepala aku. Kata-kata kawan aku itu membuatkan aku risau, lalu aku cuba mengorek balik nat itu. Apabila ku mengorek nat itu, nat itu makin masuk ke dalam hidung aku dan akhirnya masuk ke dalam kepala aku.... Kawan-kawanku yang melihat perbuatan aku itu semuanya kehairanan, tetapi aku hanya tersenyum sahaja.......
Ada lagi cerita ajaib yang pernah ku alami untuk dikongsi. Hakikatnya semua kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah. Janganlah kita menganggap kepelikan berlaku atas diri adalah keramat, magic dan lebih-lebih lagi mukjizat kepada diri kita. Kadang-kadang syaitan cuba memainkan imiginasi kita dengan membuat kita terbayang diri kita ini semacam nabi, wali dan sebagainya. Namun apa yang boleh kita buat, kuat kan iman kita bahawa Allah mampu membuat sesuatu kepada hambaNya, bukan setakat para kekasihnya tetapi hamba biasa seperi kita sebagai contoh pernah berlaku kepada muslim Acheh semasa tsunami 26 Disember 2004.
"Sesungguhnya Allah mampu membuat segala sesuatu"
Dulu aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat di mana sekolah jenis ini merupakan sekolah secular yang melaksanakan pembelajaran fardu kifayah melebihi fardu ain. Aku merasakan banyak kekurangan dari aspek pentarbiahan Islam tidak seperti sekolah-sekolah lama sahabatku di matrik ini.Sebagai contoh pengajaran Pendidikan Islam hanya untuk lulus Exam sahaja dan penekanan subjek-subjek sains diberi keutamaan. Tetapi dalam sekolah ku, majoriti guru yang mengajar tidak bersetuju dengan system pendidikan yang dilaksanakan dan mereka ini hanya mendiamkan diri dari membangkang demi menjaga periuk nasi masing-masing.
Walaupun aku merasakan rugi tidak mendapat pertarbiahan Islam sempurna seperti sahabat-sahabat yang belajar di sekolah mahad dan sekolah agama lain, banyak hikmah yang ku alami di mana sahabatku yang sekolah agama tidak merasai suasana seperti yang ku rasa. Sebagai contoh suasana belajar berkumpulan dengan pelajar perempuan, berkawan dengan budak bukan Muslim seperti Cina, Siam dan sebagainya.
Aku rasa ramai budak UIA tidak puas hati dengan contoh yang aku bagi itu kerana mungkin keadaan itu lebih cenderung kepada kesan negative seperti tidak boleh focus kepada pelajaran sebab terasa segan nak belajar depan perempuan atau sebaliknya untuk kaum hawa. Mungkin ada juga yang fikir aku pernah couple sebab biasanya kat sekolah biasa couple dalam study group ni biasa je. Namun bagi ku, walaupun fitrah itu telah terjadi kepada sahabatku, tetapi bagi ku pelajar perempuan boleh dijadikan tempat rujukan untuk subjek-subjek penting seperti ada kawan aku yang kembar bernama Irnis dan Irmis amat mahir dalam English,bukan setakat penulisan essay sahaja tetapi dalam speaking(mak ooi budak kampung dah pandai speaking English,amat jauh sekali dengan ku di mana dah dua tahun masuk UIA baru boleh bercakap English, itu pun tergagap-gagap). Disebabkan aku rasa lemah sangat dalam subjek B.Inggeris ini lah aku berjumpa dengan untuk bertanyakan maksud perkataan yang aku tak fahami. Namun Allah maha Adil, DIa jadikan setiap manusia ada kel;ebihannya yang tersendiri, aku pulak dijadikan tempat rujukan subjek Add Math oleh semua pelajar dalam kelas aku, terutama sekali kaum hawa. Nak buat macam mana memang lumrah pelajar perempuan suka banyak bertanya apabila mereka tidak banyak faham tentang apa yang mereka belajar terutama sekali mahu tanya dengan pelajar lelaki. Rasa nak melarikan diri tu ada juga daripada ditanya macam-macam soalan sebab perasaan segan masih tersemak dalm diriku, tetapi ku lebih memikirkan kita tidak boleh bakhil dalam berkongsi ilmu kerana Nabi SAW pernah bersabda orang kedekut ilmu ibarat pokok yang tidak berbuah. Dan satu persolan lagi jika ku cuba menyembunyikan dari bersua di dalam kelas apabila ramai yang ingin bertanya, ramai yang yang akan berkata bukan-bukan terhadap dirku ini.”Miroe ni sombong la,kedekut ilmu pulak tu !” , dan bermacam-macam lagi tohmahan yang dilemparkan kepada diriku. Semua keadaan ini membuatkan aku tidak boleh berdiam diri dan aku terpaksa bertahan juga sehingga habis discuss . Mungkin ada yang bertanya, tak de ke budak lelaki yang mahu tanya soalan? Jawapan nya ada cuma mereka ini jarang jumpa dengan aku, mereka ini lebih cenderung belajar sendiri dan setiap di kalangan kami berlumba-lumba nak kejar result yang tinggi dalam setiap exam.
Teringat juga macam mana keaadaan 3 orang budak Cina di sekolah aku dulu yang pernah aku berkawan dan kesemuanya budak cina kampung. Seorang bernama Chin(nama penuhnya aku lupa), dia ni pendiam, tak tahu pulak kalau pemalu. Dari segi pergaulan aku tak rapat sangat kerana aku jarang bercakap dengan dia dulu, tapi perayaan tahun baru cina baru-baru ni, aku sempat bertanyakan khabarnya dan sedang belajar kat mana sekarang. Dia sedang melanjutkan pengajian di UTAR. Dia mempunyai seorang Kakak yang merupakan seorang bekas best student STPM 2005 di sekolah Aku dulu dan telah mendapat 4.0 dalam CGPAnya. Dia bukan setakat terkenal di sekolah, tapi di peringkat daerah kerana dia adalah antara 40 orang pelajar terbaik STPM di Kelantan.
Seorang lagi nama kawan ku Teng So Chin, namun aku panggilnya Teng, dia amat tinggi lampai la. Dia ni bijak dalam subjek Math, kadang-kadang aku suka berkongsi macam mana nak menjawab soalan KILLER dengannya. Dia pernah mengajak aku menziarahi rumah terbukanya semasa tahun baru cina, tetapi aku menolak tawaran makanan yang disedikan walaupun diajak beberapa kali dan akhirnya aku dating sekadar ziarahya sahaja. Ini kerana aku teringat dalam satu kisah di mana Nabi SAW pernah diajak oleh jirannya yang bukan lagi memeluk Islam, Dan baginda menerima jemputan itu .Walubagaimanapun baginda menolak ajakan untuk makan di rumah itu walaupun baginda berfikir tindakan itu akan mengguris hati jirannya.Akhirnya Nabi SAW memberi syarat baginda akan memakan apa yang disediakan jika jiranya itu mengucap dua kalimah syahadah dan jiran nabi itu akhirnya memeluk Islam.
Dan seorang lagi budak cina yang memang aku nak cerita ialah Lee (bukan LEE KUAN YU). Apa yang istimewanya dia ni aku dengar cerita dia ada keinginan untuk memeluk Islam. Mungkin disebabkan pergaulannya yang sangat rapat dengan kawan-kawanku yang beragama Islam. Dalam PLKN, dia ni tidak berminat sangat bergaul dengan budak cina yang lain. Dia ni seorang pendiam dan pemalu dengan perempuan melayu sekolah aku. Walaupun dia pernah dipermainkan oleh kawan-kawan aku dulu dengan mengatakan “kamu pengotor sebab makan babi!!” tapi hanya tersenyum dan tidak menjawab sepatah apa pun. Dengan hidayahNya yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya, mungkin dalam masa akan datang dia akan mengucap dua kalimah syahadah dan pada masa itu, mungkin aku dan sahabat-sahabat yang lain akan gembira dengan kehadirannya sebagai seorang tetamu. Tapi kini ada sebab yang menghalangnya daripada memeluk Islam iaitu halangan ibu bapanya. Hisyam pernah bercerita kepada aku bahawa bapa Lee macam menunjukkan kebenciaan kepada nya apabila dia menziarahi rumah Lee kerana takut akan mempengaruhi anaknya dan ibu Lee pula apabila merespon hasrat anaknya, tidak tidak menunjukkan sebarang halangan tetapi apa yang dia bimbang Lee akan meninggalkannya apabila dia sudah menjadi Islam. Tetapi yang ku tahu walau sejahat mana pun ibu kita, kita wajib menjaga mereka sampai di akhir hayat mereka. Aku teringat satu cerita bahawa nabi Musa telah dikhabarkan oleh Allah tentang siapakah yang akan berjiran dengan baginda di dalam syurga kelak. Maka Allah menunjukkan satu rumah di mana terdapat seorang pemuda yang sedang tekun menjaga sepasang babi betina dan babi jantan. Pemuda itu siap memandikannya dan meletakkan babi-babi tersebut di tempat selesa. Rupa-rupanya nabi Musa diberitahu oleh pemuda itu bahawa sepasang babi tersebut adalah ibu bapa pemuda itu di mana mereka telah bertukar bentuk akibat melakukan pendurhakaan kepada Allah . Dan nabi Musa telah mengetahui bahawa pemuda yang gigih ini bakal menjadi jiranya di dalam Syurga kelak. Begitulah wahai teman-teman besarnya ganjaran kepada kita jika bersungguh-sungguh dalam berbakti kepada kedua ibu bapa kita walaupun mereka berlainan rupa dengan kita, mungkin berlainan fikrah, fahaman dan agama.
Namun aku sebagai sorang pernah mengenali Lee, rasa bersalah tetap wujud dalam diriku sehingga aku dapat membimbingnya ke jalan yang benar. Aku gagal menunjukkan contoh terbaik kepada mad’u sehingga mereka fikir sukar untuk mendekati Islam. Walau bagaimanapun aku akan cuba mengajaknya supaya lebih memahami Islam dengan mendalam seperti yang yang dilakukan oleh Tariq bin Ziad, seorang Panglima Islam yang berjaya menakluk Sepanyol dan Portugal di mana beliau telah berpesan kepada tentera-tentera nya agar menunjukkan sikap yang terbaik kepada penduduk negara-negara itu supaya mereka lebih mudah menerima kedatangan Islam di bumi Eropah. Usaha itu berjaya apabila ramai penduduk Andalusia itu menyatakan kesediaan mereka memeluk Islam, ada setengah pula suka meniru cara hidup Islam dari pemakaian walaupun tidak menganut Islam dan setengah pula rela bernaung di bawah pemerintahan Islam yang adil.
Sekian...