SALAM

Rabu, 6 Oktober 2010

Kalau dah x faham satu perkara

Baru sahaja tadi aku menghantar assignment UNG2050, tak sangka pula itulah assignment yang telah aku hantar 3 kali selepas buat 2 kali pembetulan. Nasib baik lecturer aku Dr Fatmir mengizinkan aku baiki balik apa yang telah ditulis itu... Sebelum ini beliau telah menyuruh para student untuk buat correction dan semua assignment yang telah dihantar oleh rakan-rakan yang lain menunjukkan perubahan dari segi bahasa, isi kandungan dan sebagainya. Akan tetapi malangnya esei yang aku telah mempunyai kesilapan lagi iaitu tidak faham apakah kehendak soalan..hu hu hu..

Bila difikir balik, aku sudah berada di menara gading, UPSR dah lepas, PMR dah lepas, SPM dah lepas, dan bermacam-macam lagi ujian-ujian aku telah laluinya. Bila sampai peringkat buat sarjana muda, satu soalan yang mudah je aku mudah tertewas dan ini disebabkan aku x faham kehendak soalan itu.

Mungkin tak patut aku memikirkannya. Akan tetapi aku sentiasa bermuhasabah akan kesilapan yang telah aku lakukan. Rupa-ripanya semua ini disebabkan bermulanya buat kerja pada last-last minit. Bila buat kerja last2 minit, semua hasilnya tidak menjadi kerana idea yang dihasilkan tidak berkualiti. Cuba bayangkan dalam keadaan tergesa-gesa, kita perlu siapkan satu esei yang satu muka setengah dan sumber-sumber untuk diletakkan dalam esei itu belum aku cari lagi. Akhirnya aku siapkan dan hantar assignmnet itu dalam keadaan yang belum puas hati.. Apa-apa pun, aku memaksakan diriku untuk berhusnul zhan apa yang telah aku buat. Apabila aku melihat hasil kerja aku itu yang telah disemak oleh lecturer aku, keputusannya amat memeranjatkan. Entah la...memang aku dapat sebutir telur ayam dalam kertas aku pada hari itu. Lecturer membenarkan semua student untuk menyemak balik dan membuat pembetulan dalam esei itu dan hantar lagi pada menggu seterusnya.

Kali kedua hantar pun aku dapat telur ayam lagi. Apa sebabnya??? Memang aku tak faham pada mulanya. Akhirnya aku bertanya pada rakan-rakan apa kesilapan yang telah aku buat dalam assignment itu. Rupa-rupanya aku menjawab soalan assignment itu tidak mengikut kehendak soalan. Mula-mula aku rasa terkejut dan membisu sekejap dan akhirnya kecewa sedikit kerana sudah berminggu-minggu aku aku asyik bermain dengan assignment itu sahaja.

Apa-apa pun semua ini terjadi mungkin ada hikmahnya kerana setiap ujian yang menimpa hambaNya sebenarnya dapat meningkatkan lagi kualiti diri seseorang jika hamba itu bersabar dan bertawakal pada Tuhannya. Tidak ada gunanya hamba itu mengenang kesalahan yang lalu tanpa membuat satu perubahan yang dapat menjauhinya dari kesilapan itu juga. Wassalam...

Apa yang aku alami selama ini..


Sedar-sedar dah lama aku tinggalkan wadahku ini, hampir setahun lamanya..Kenapa ye?...Entah la...Aku pun x pasti...apa yang yang menyebabkan aku lari dari wadahku...kenapa baru sekarang aku sedar yang aku telah meninggalkan tugasku yang banyak pentingnya. Mungkin aku telah banyak hanyut dibawa duniawi.. walaupun perkara yang sia2 itu tidaklah berat dilihat oleh orang lain, tetapi bagi ku ianya banyak merubah hidupku sehingga bila ku menyedari semua ini telah berlalu. ianya membuatkan aku berfikir sejenak demi sejenak... BAru ku tahu rupa-rupanya hati manusia itu sebenarnya mudah menjadi bolak-balik, naik turun naik turun..sekejap jadi baik, sekejap jadi "laro", kejap jadi cemerlang, sekejap jadi tercorok,...itulah habitat atau tabiat keadaan manusia yang sentiasa ada naik turun dalam prestasinya..

Aku meninggalkan wadahku bukan sahaja menyebabkan ilmu yang kuperolehi tidak berkembang, malah menjadikan aku tidak kenal siapa yang selama ini bermain "blog" denganku..tidak mengetahui perkembangan sahabat2 yang sama2 berjuang menegakkan Islam melalui wadah ini. Mereka ini sudah banyak menyumbangkan bakti melalui perkongsian ilmu mereka sehingga dikira pahala orang suka menabur-nabur ilmunya itu mungkin sudah meninggi gunung...alangkah ruginya aku tidak menyumbang jasa seperti mereka ini..

Terima kasih juga pada Al Zenki yang sentiasa mengingatkan aku supaya meneruskan wadah ini untuk menyumbang jasa kepada diri sendiri, keluarga, umat dan negara yang ku cintai....
Maaf memuploadkan gambar di atas yang sebenarnya tiada kaitan dengan yang ku luahkan ini...heh heh heh

Selasa, 5 Oktober 2010

apa katanya cinta


apa katanya cinta
 
Cinta itu terbahagi lima:
„h Cinta manusia kpd Tuhannya
„h Cinta manusia kpd dirinya
„h Cinta kpd orang kerana kecantikannya
„h Cinta kpd orang kerana ketinggian budinya
„h Cinta kpd orang yang berjasa kepadanya
                                        (Hukamak)
 
Cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, 
berendam dalam dada dan mengharap pemberian 
kepada yang ¡§satu¡?.
                               (Van De Boom)
 
Manusia mati dari semasa ke semasa dan badan 
mereka dimakan ulat, tetapi bukan kerana cinta.
                           (William Shakespeare)
 
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan, 
tetapi percintaan tak pernah berakhir dengan 
persahabatan.
                                  (Colton)
 
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
                       (Pantun Melayu)
 
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi 
membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar 
menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. 
Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi 
membangkitkan semangat.
 
(Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick)
 
Betapa pintarmya seorang manusia, dia akan 
menjadi bodoh dalam bercinta.
                           (Joshua Cooke)
 
 
Cemburu itu buruk, namun tidak akan sempurna 
sebuah cinta yang tidak diiringi rasa cemburu.
 
                       (Nigel Patrick)
 
Cinta itu lebih tua daripada alam kerana atas 
dasar cintalah Tuhan menjadikan alam ini.
 
                       (Muttanabbi)
 
 
Cinta bagi seorang lelaki bukanlah satu sentimen, 
tetapi satu ideal.
 
                       (De Girardin)
 
Cinta tidak melihat dengan mata, tetapi dengan 
fikiran
 
                       (William Shakespeare)
 
Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu 
adalah kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta 
adalah orang yang salah menggunakannya itu.   
                             (Hamka)
 
 
Cintamu untuk semua,tetapi jasmanimu hanya untuk 
seorang.
                               (Ikawa Mifune)
 
Jika bahagia cinta dapat diwujudkan dalam 
perkahwinan, maka terciptalah syurga di atas 
dunia ini.
                            (William Shakespeare)
 
 
....So ape pula kata ANDA..........
 
Menyintai tidak semestinya memiliki...
                            (Aklanie Mahzan)
 
cinta itu bukanlah mudah.... cinta itu tidak 
semestinya indah... cinta itu milik 
semua                
                     (beautifully_chaoticadie)
 
Cinta tak semestinya memiliki... memiliki tak 
semestinya menakluki...hehehe
 
                      (NotSoPretty)
 
Cinta suci lahir dari hati, cinta buta lahir dari 
nafsu....
 
                      (Pejol)
 
Love is PAIN !!!
 
                (Abu)
 
love is like a bittersweet choc...sometime taste 
good sometime make u frown...
 
                                  (nutaizaf)
 
TRUE LOVE is just like a GHOST, many talk about 
it, but only A FEW found it!;)
 
                               (para a.k.a fatiha)
 
Cinta tu tak payah nak susah-susah cari, biarkan 
ia datang sendiri;)
 
                               (para a.k.a fatiha)

Sabtu, 29 Ogos 2009

TIBA-TIBA DATANG AZAB ALLAH!!




Gerunlah olehmu wahai manusia akan balasan buruk Allah kepada hamba-hamba yang melanggar perintahnya!!! Ianya bukan boleh ditangguh-tangguh seperti yang kita harapkan, tetapi ia akan datang secara tiba-tiba ketika kita dalam keadaan berjaga-jaga atau leka....





Kebakaran Pusat Maksiat di Thailand






mayat pelaku maksiat maut bergelipangan




kesan dari azab menyebabkan wajah tidak lagi menyerupai manusia



Bukan sekadar ini sahaja yang berlaku, malah azab Allah telah berlaku kepada umat manusia sejak zaman Nabi Nuh (AS), Nabi Lut dan sebagainya sehingga zaman moden ini..


Azab yang ditimpa ke atas KAum LUT











Keadaan azab Allah yang yang dikenakan kepada pelanggar arahan Allah hampir sama dengan keadaan di Thailand. Oleh itu, jauhhilah maksiat yang semakin berleluasa dan sentiasa lah mengingati mati supaya kita lebih bersedia menemui Allah kelaq...





Khamis, 27 Ogos 2009

HUKUMAN SEBAT


"Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno, atas kesalahan minum arak, telah menimbulkan polimik di kalangan masyarakat. Dalam keriuhan kalangan yang memberi komen terhadap hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan, dari satu sudut, terpamirlah kejahilan sesetengah pihak mengenai hukum Islam dan dari sudut yang lain, dapat dilihat pula kalangan yang memperlihatkan ciri-ciri penolakan terhadap kaedah hukuman dalam Islam.

Kita mengakui bahawa hukuman 6 kali sebatan belum lagi menggambarkan hukuman hudud bagi kesalahan minum arak. Namun, oleh kerana belum pernah lagi terjadi kes kesalahan minum arak dijatuhkan hukuman sebat, ia menarik minat ramai pihak. Hukuman sebat merupakan salah satu bentuk hukuman yang disebutkan dalam Al-Quran. Ia bukan bentuk hukuman yang diterbitkan oleh akal manusia tetapi adalah atas perintah Allah SWT. Oleh itu, tidak layak bagi orang-orang yang beriman untuk mempertikaikan kewajaran hukuman sebat yang terdapat dalam Islam lebih-lebih lagi dalam keadaan dia tidak tahu apakah yang dimaksudkan dengan SEBAT dalam Islam. Tindakan Majlis Peguam baru-baru ini mempertikaikan hukuman sebat dan meminta kerajaan menghapuskannya atas alasan hukuman itu zalim, kuno dan keterlaluan adalah manifestasi kejahilan mereka tentang perundangan Islam. Mungkin, pada sangkaan Majlis Peguam, hukuman sebat yang disebutkan dalam Islam sama seperti sebat yang dijatuhkan dalam kes-kes mahkamah sivil. Padahal, hukuman sebat dalam Islam jauh daripada apa yang difahami daripada hukuman sebat yang pernah dijatuhkan oleh mahkamah ke atas perogol bersiri.




hukuman sebat yang dijalankan di Acheh



Jika kita meneliti hukuman sebat yang dikenakan bagi kesalahan-kesalahan dalam Islam, kita akan mendapati sebat hanya dikenakan kepada tiga jenis kesalahan sahaja iaitu:


1. Kesalahan zina bagi yang belum kahwin: Firman Allah SWT: ﴿الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مِئَةَ جَلْدَةٍ وَلَا تَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَائِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴾ Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, Maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman. Surah An-Nur: Ayat 2


2. Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang lain berzina tanpa bukti: Firman Allah SWT: ﴿وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَداً وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴾ Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, Maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. dan mereka Itulah orang-orang yang fasik. Surah An-Nur: Ayat 4


3. Kesalahan minum arak; berdasarkan dalil sunnah dan amalan para sahabat. Hadis Riwayat Anas bin Malik: أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين. قال: وفعله أبو بكر , فلما كان عمر استشار الناس , فقال عبد الرحمن: أخف الحدود ثمانون، فأمر به عمر Bahawa telah datang kepada nabi seorang lelaki yang telah minum arak. Maka baginda telah menyebatnya dengan dua pelepah tamar 40 kali sebatan. Abu Bakar juga menghukum dengan hukuman itu. Pada masa Umar (menjadi khalifah), beliau meminta nasihat orang ramai (mengenai hukum bagi peminum arak), maka berkata Abd Rahman bin Auf: "Seringan-ringan hudud adalah 80 kali sebatan". Umar pun memerintahkannya (sebat 80 kali). (Hadis Muttafaq Alaih-lafaz Muslim) Kaedah melakukan hukuman sebat dalam Islam tertakluk kepada peraturan dan cara yang tertentu.Ia dibincangkan secara terperinci oleh para fuqaha. Pendeknya sebatan di penjara yang diamalkan dewasa ini bukan sebatan yang dimaksudkan. Sebatan itu mengerikan. Ia zalim kuno dan keterlaluan. Itulah yang seharusnya Majlis Peguam tentang dan bukan menentang hukuman sebatan secara keseluruhan dalam keadaan mereka jahil tentang bentuk hukuman sebatan dalam Islam. Pihak-pihak yang melarang dirotan murid-murid di sekolah kerana mengatakan hukuman rotan itu zalim dan merosakkan emosi pelajar, hari ini kembali termimpi-mimpi hukuman rotan untuk menyelesaikan kemelut gejala sosial di kalangan pelajar dewasa ini. Dahulu, semasa mula-mula mahu mengenakan sekatan dan larangan terhadap hukuman rotan, akal fikiran dijadikan panduan. Kononnya sebagaimana manusia yang belas kasihan kepada murid-murid. Belas kasihan yang membawa rebah.


Hukuman rotan kepada anak-anak disarankan oleh nabi untuk mendidik mereka solat. Jika untuk tujuan mendidik boleh dirotan, maka guru-guru sebagai pendidik berhak menggunakan rotan. Kerajaan yang mendidik masyarakat juga berhak merotan rakyatnya. Itulah sebenarnya tarbiah. Tarbiah bukan sebagaimana mereka yang mengatakan “utamakan tarbiah”, sedangkan tiadapun tarbiah dibuat untuk rakyat. Rakyat dibiarkan hidup melata laksana kambing meragut rumput di luar pagar. TV menyediakan segala macam hiburan. Golongan hedonis dibela dan dilonjak dalam masyarakat. Pusat-pusat perjudian dibiarkan berkembang biak. Arak dan judi dijual bebas kepada semua lapisan masyarakat. Akidah tidak dipelihara dan pemurtadan tidak dapat dikawal. Lalu, pada saatnya keluar kata-kata escapism “itu semua adalah persoalan iman masing-masing”. Mana tarbiah? "



hukuman sebat yang dianjurkan oleh sekular









kesannya lebih parah apabila mengenakan hukuman sebat sekular. Adakah ini yang mereka ingin pertahankan tentang hukuman sivil yang kononnya lebih ringan dan tidak kejam...???



by abu jihad and abg kama...


Isnin, 1 Jun 2009

Cerita Ajaib tentang Amiroe








Sekejap tadi aku baru melihat suatu luar biasa iaitu kubah terbang yang berada di atas masjid di Indonesia baru-baru ini. Perkara membuatkan aku teringat banyak peristiwa yang aku lihat sebelum ini sama ada secara langsung. melalui gambar ataupun video. Ku tetapkan hatiku bahawa segala kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah kerana Dianya mampu membuat segala sesuatu termasuk perkara yang tidak terlintas di fikiran kita sebagai manusia yang lemah.

Ada peristiwa-peristiwa luar biasa pernah berlaku terhadap diriku. Antaranya semasa aku berumur antara 4 hingga 5 tahun di mana aku sedang duduk di bawah pokok kelapa yang tinggi. Tiba-tiba jatuh sebiji buah kelapa muda (yang kombeng) di atas belakang aku dengan begitu kuat sekali. Bunyinya seperti kita pukul karpet dengan kayu panjang. Mak aku dan makcik2 lain yang menyaksikan kejadian amat risau sekali. Ada yang bertempik kerana khuatir akan keselamatan diriku yang kecil comel ini. Tetapi apa yang berlaku aku hanya tengok buah kelapa muda itu pecah mengeluarkan airnya sambil tergolek di depanku dari tempelanting di belakang ku. Malah aku tidak merasai sebarang kesakitan melainkan rasa seperti orang tepuk dengan tangan ke atas belakang tubuh aku....




Semasa aku berumur 5 hingga 7 tahun pulak, aku sedang bermain robot-robot dengan kawan-kawanku. Ada yang melompat-melompat seperti robot Power Ranger melompat melawan raksasa penjahat di atas geran (tempat duduk untuk lepak-lepak). Ada yang bertempik mengaku dia ahli Power Ranger merah, hijau biru dan sebagainya. Manakala aku pula jadi robot yang kacak.. Ada seketika aku ternampak satu nat kecil yang mempunyai lubang. Aku ambil nat itu dan letak kat lubang hidung aku. Apabila benda itu lekat berada di lubang hidung aku, aku terasa megah kerana aku lah robot yang paling canggih sebab ada unsur besi kat muka aku. Akan tetapi, ada seorang kawan aku menegur aku bahawa perkara yang aku buat itu terlalu bahaya takut-takut termasuk ke dalam kepala aku. Kata-kata kawan aku itu membuatkan aku risau, lalu aku cuba mengorek balik nat itu. Apabila ku mengorek nat itu, nat itu makin masuk ke dalam hidung aku dan akhirnya masuk ke dalam kepala aku.... Kawan-kawanku yang melihat perbuatan aku itu semuanya kehairanan, tetapi aku hanya tersenyum sahaja.......




Ada lagi cerita ajaib yang pernah ku alami untuk dikongsi. Hakikatnya semua kejadian yang berlaku adalah kekuasaan Allah. Janganlah kita menganggap kepelikan berlaku atas diri adalah keramat, magic dan lebih-lebih lagi mukjizat kepada diri kita. Kadang-kadang syaitan cuba memainkan imiginasi kita dengan membuat kita terbayang diri kita ini semacam nabi, wali dan sebagainya. Namun apa yang boleh kita buat, kuat kan iman kita bahawa Allah mampu membuat sesuatu kepada hambaNya, bukan setakat para kekasihnya tetapi hamba biasa seperi kita sebagai contoh pernah berlaku kepada muslim Acheh semasa tsunami 26 Disember 2004.

"Sesungguhnya Allah mampu membuat segala sesuatu"

Jumaat, 22 Mei 2009

Sehari balik ke kelate.












Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Waktu ni amat sunyi sekali, tidak kedengaran sebarang bunyi meriah dan kecoh seperti aku berada di kolej di mana waktu ni la budak-budak kat tempat aku kecoh tak tentu pasal. Ada yang meraung memanggil sister di asrama sebelah, ada yang menyanyi kerana asyik mendengar lagu balada yang mendayu-dayu jiwa dan macam-macam lagi. Kalau aku pulak pada waktu tu mungkin tengah study, tak pun kalau tidak ada mood, mungkin aku akan berborak-borak tentang masa hadapan dengan rakan-rakan atau mungkin aku layan movie bersama dengan mereka itu. Semua itu membuatkan rasa kelainan apabila aku berada di rumah. Sunyi sangat!!! Semua famili dah tidur kecuali aku.....

Bila ada kat rumah ni, aku terdetik nak tolong emak aku menjaga adik-adik dan rumah. Maklum sahajalah, anak sulong ada tanggungjawab banyak bila parent pergi kerja. Mula-mula fikir jugak kerja macam ni macam perempuan je, kerjanya kemas-kemas rumah, tolong sediakan makan tengah hari untuk adik-adik yang akan pulang dari sekolah dan sebagainya. Pernah jiran aku berkata aku ni anak dara kerana asyik duduk rumah je bila balik dari sekolah, sebab sibuk study. Panas telinga mendengarnya sebab ngato-ngato hok pelik-pelik kat ku.. kadang-kadang aku rasa nak ubah tabiat aku itu dengan keluar tak tentu arah ke rumah-rumah kaum kerabat, sekurang-kurangye adapat tengok anok daro yang sedang menyapu kat sekeliling rumahnya. Itu dapat menambahkan aku ni seorang lelaki yang berkelelakian..

Siapa kata aku duduk kat rumah sahaja, bila cuti sebegini biasanya aku akan cuba contact kawan lamo untuk enjoy-enjoy. Aku dan rakan-rakan biasanya akan merancang untuk menzirahi rumah kawan lamo kat sekitar Tumpat ni . Jarak rumah-rumah budak ni dengan yang lain tidaklah jauh sangat untuk diziarahi, antara Kampung Baru Nelayan dengan Teluk Jering dan Bunohan apo la sangat, dalam 5 kilometer je.....So, ini membuatkan sekurang-kurangnya membuatkan cuti aku terisi dan tidaklah terbuang begitu sahaja.......


Namun aku sedar sekarang ni ialah cuti semester panjang sebelum pergi ke UIAM Gombak. Aku terdetik hendak memperbaiki diriku yang serba dan banyak kekurangan dalam menjadi seorang pelajar Islam di sampinng menjadi seorang JUndullah di matrik dahulu. Setelah diamati betul-betul, aku sebenarnya tidak layak bergelar seorang JUNDULLAH kerana banyak ilmu agama dan pengalaman hidup belum ku kuasai. Oleh sebab kerana seruan Islam di bumi matrik, walaupun amat malas dan jahil diriku ini, aku cuba menerima tanggungjawab sebagai seorang pendakwah ini.... Memang sukar sekali memikul tugas Nabi ni ini kerana jika menjadi seorang pendakwah, ilmu yang cukup dan akhlaq yang baik amat penting sekali supaya segala perkongsian yang kita sampaikan mudah diterima oleh para mad'u..



Aku ada memegang satu usrah di kampung ku. Ahli-ahlinya adalah budak yang sangat ingin mengenaliku dari segi peribadi seorang pelajar IPTA. Mereka sering bertanya macam mana nak score tinggi dalam ujian terutamanya subjek Add Math. Aku terfikir aku harus menngunakan peluang ini untuk memperkukuhkan hubungan dengan anak usrahku supaya mereka selalu komit dengan usrah yang diadakan. Dengan ini menjadi mudah aku menerangkan tentang seruan Islam untuk diri kepada mereka sambil memberi tunjuk ajar dalam akademik.....


Aku ada seorang senior Darul Quran di kampung aku, kalau hendak diceritakan dia ini seorang yang tawadhu', kuat beribadat dan cekap dalam memberi tazkirah kepada pengunjung-pengunjung surau. Tapi apa yang inginku beritahu, apabila dia balik Syria, aku jadi bertambah bersemangat untuk mengendalikan usrah bersamanya. Dengan pengisian penuh bermakna darinya akan membuatkan semua yang hadir dalam usrah itu asyik dan kusyuk mendengarnya. Ini kerana keikhlasannyamenyampaikan peringatan memberi kesan hati kepada yang hadir .....


Cukup setakat ini sahaja……..







Namun sekarang ini aku sedar banyak ilmu dan pengalaman perlu ku cari untuk memantapkan diri ku ini untuk menjadi seorang pendakwah dan mujahidin yang dikenali di penghuni langit walaupun tidak dikenali di penghuni bumi. Sebagai akhir tulis, aku berdoa agar diriku dan sahabat-sahabatku kekal di dalam jalan perjuangan yang suci ini yang membawa kesejahteraan di dunia ini dan di akhirat kelaq……



Bagaimanakah reaksi anda apabila membuka blog ini?